Tuesday, January 24, 2012

Mubarak masih Presiden Mesir - peguam

Pengacara: Mubarak Masih Presiden Mesir
Peguam yang merupakan pembela di sidang bekas Presiden Hosni Mubarak menegaskan bahawa Mubarak masih Presiden Mesir kerana dia tidak pernah menandatangani surat pengunduran diri.

Dokumen tersebut, jelasnya, ditandatangani oleh wakil presiden Omar Suleiman, di mana hal itu dilakukan sebagai tanggapan terhadap pemberontakan yang menggulingkan rejimnya.

Dengan demikian, Farid al-Deeb mengatakan bahawa mahkamah jenayah yang mengadili Mubarak tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya, dan kesnya harus didengar dalam mahkamah khas.

Al-Deeb menolak legitimasi mahkamah berkaitan teknikal persidangan, mengatakan bahawa mahkamah tidak boleh menghukum orang yang dituduh bertanggungjawab atas kematian aktivis pada Januari dan Februari tahun lalu.

Peguam Mubarak ini juga menyarankan bahawa bekas penguasa Mesir harus diadili di mahkamah tentera.

Pasukan pembela juga menyatakan bahawa "tidak ada bukti kukuh" yang menghubungkan bekas pemimpin Mesir dengan perjanjian yang menghasilkan wang di mana gas dieksport ke Israel dengan harga diskaun. Mereka juga mengatakan bahawa Mubarak tidak bersalah atas tuduhan tentang peranannya berkaitan perintah untuk menembak penunjuk perasaan pada 18 hari pemberontakan yang menggulingkan rejimnya. Diterjemah dari eramuslim

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template