Wednesday, January 25, 2012

Lima beranak merempat

lima beranak merempat
Lima beranak merempat
Sinar Harian - Lantaran tidak mampu membayar sewa rumah berjumlah RM350 sebulan selama setahun lebih, lima beranak terpaksa hidup merempat sejak seminggu lalu.

G Eliza Scott, 36, bersama empat anaknya berusia antara dua hingga 16 tahun kini menetap di sebuah ­rumah kosong di sebuah flat, dekat sini untuk berteduh.

Eliza yang berasal dari Teluk Intan, Perak berkata, mereka sudah diarah keluar oleh pemilik rumah yang disewa sebelum ini pada minggu lalu.

“Sudah hampir setahun lebih saya tidak membayar sewa rumah kerana tidak bekerja kerana ada anak masih kecil dan tiada siapa yang akan menjaganya,” katanya.

Menurutnya, kehidupan dia sekeluarga kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sejak setahun lalu.

“Suami saya sudah berkahwin lain dan sudah mempunyai keluarga sendiri. Bagaimanapun, dia ada juga berusaha mencarikan rumah sewa baru yang sewanya lebih murah.

“Tetapi ia tetap mustahil untuk saya mampu membayar deposit dan sewa bulanan kerana saya tiada wang simpanan,” katanya.

Eliza berkata, anak sulung dan keduanya juga sudah hampir tiga tahun tidak bersekolah kerana ­masalah kewangan yang dihadapi.

“Dua lagi anak saya berusia lima dan dua tahun pula tidak memiliki sijil kelahiran. Ini menyukarkan saya dalam sebarang urusan terutama ketika mahu mendapatkan rawatan di klinik,” katanya.

Menurutnya, walaupun tinggal di rumah kosong, pengawal keselamatan dan pengurus bangunan di situ juga sudah mengarahkan mereka keluar meninggalkan rumah itu.

“Saya risau dengan keselamatan anak-anak yang semakin dewasa. Setiap malam saya hanya sekadar ‘tidur ayam’ kerana bimbang diganggu mereka yang mem punyai niat jahat,” katanya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template