Friday, January 6, 2012

Lilin terus menyala selama 1500 tahun di atas mayat seorang gadis

Seorang pengkaji dari Australia Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia pada zaman prasejarah itu memiliki kepintaran yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka mempunyai lampu-lampu abadi.

"Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di" Appian Way ". Ketika para penyelidik memasuki tempat pengkebumiannya, mereka terkejut menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Persoalannya adalah dengan cara bagaimana orang zaman dahulu menghasilkan lampu yang boleh terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi beberapa penyelidik masih terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu adalah sangat mungkin telah hilang dari muka bumi ini. Akan tetapi, tidak ada bukti yang menguatkan teori-teorinya itu.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template