Tuesday, January 17, 2012

Laporan BBC: Anwar mahu Utusan minta maaf

Anwar Ibrahim
Sinar Harian - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan mahkamah ke atas Kumpulan Utusan dengan menuntut agar ia menarik balik laporan-laporan yang menurutnya telah memfitnah beliau.

Utusan Malaysia menerbitkan laporan itu berdasarkan satu temu bual Anwar dengan stesen BBC baru-baru ini, susulan pembebasan beliau dari tuduhan meliwat.

Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata, laporan akhbar itu mendakwa Anwar dalam wawancaranya bersama BBC telah meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang yang melibatkan hubungan homoseksual di negara ini.

Menurut Surendran, Anwar sebenarnya mengatakan bahawa sebagai penganut agama Islam dan bagi orang bukan Islam di negara ini, umumnya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, Surendran yang juga seorang peguam berkata: "Menerusi peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari (hari ini) telah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan pemilik akhbar Utusan Malaysia dan juga ke atas Editor Utusan Malaysia, meminta penarikan balik kesemua dakwaan, permintaan maaf dan ganti rugi."
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

2 comments:

Anonymous said...

saman jer Dato' Seri. Kasi tutup terus UM ni.

Anonymous said...

mamposss lah kau gay tua..cakap dolak dalik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template