Monday, January 16, 2012

Khairul Naim pula berhadapan dengan tindakan UiTM

Buletin Online - Seorang aktivis mahasiswa. Khairul Naim dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dilaporkan bakal menghadapi tindakan dari pentadbir pusat pengajiannya Universiti Teknonologi Mara (UiTM).

Sumber pengiring program Jelajah Mahasiswa memaklumkan, pihak UiTM akan mengambil tindakan ekoran kemunculan Khairul dalam program 'Bicara Adam Adli' yang diadakan di Dungun pada Sabtu 14 Januari.

Khairul telah berucap selama 14 minit dalam program yang dilaporkan antara empat mahasiswa yang telah menggegarkan bandar Dungun.

[Gambar - Khairul, ketika berucap dengan penuh semangat, dalam program 'Bicara Adam Adli, di Dura Gate Dungun]

Menurut sumber tersebut yang ditemui Buletinonline dalam siri Jelajah Mahasiswa di Kuala Nerus semalam, UiTM cuba mengaitkan program anjuran pertubuhan bukan kerajaan WARIS dengan aktiviti politik.

Sebelum ini, rakan Khairul, Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.

Adam Adli, penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun, ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template