Monday, January 23, 2012

Kes Lembu Terengganu; Pelaburan RM1 juta rugi kerana kerajaan tiada hala tuju

Buletin Online - Diperingkat nasional ‘kes lembu Shahrizat’, syarikat penternakan lembu gagal kerana penyelewengan dan rasuah, di negeri Terengganu pelaburan yang dibuat oleh seorang peniaga sebanyak RM1 juta untuk ternakan lembu, juga mengalami kerugian.

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang ‘merampas’ kuasa dari PAS pada tahun 2004 dengan ‘manipulasi’ pilihanraya, gagal meletakkan halatuju negeri ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali sejak Umno/BN mengambil alih, pembangunan negeri tidak membawa manfaat dan perubahan yang besar kepada rakyat.

Beliau berkata, ia adalah kerana pemimpin Umno/BN berperangai ‘hodoh’ dan tidak tahu bagaimana merancang pembangunan dengan wang hasil royalti yang banyak, berjumlah RM1 bilion setiap tahun.

“apabila duit begitu banyak masuk, duit berbilion habis, rakyat tetap ramai yang menganggur, rakyat miskin tetap tinggal dengan kemiskinan, pasal apa jadi begini?

“oleh kerana perangai hodoh pemimpin itu, dan mereka tak tahu nak merancang bagaimana mahu membangunkan negeri ini dengann duit yang begitu banyak,”ujarnya ketika berucap dalam program Rapat Rakyat Bersihkan Malaysia, yang diadakan di Nesan Empat, dekat sini semalam 22 Januari.

Menurutnya tidak perubahan yang berlaku pada zaman Dato’ Seri Idris jusoh menjadi Menteri Besar kecuali projek pembinaan stadium yang runtuh.

Katanya, banyak projek-projek yang tidak berjaya antaranya, program mengantarabangsakan keropok lekor dan projek berasaskan poko niah yang dihembar-gemburkan sedikit masa dahulu.

Menteri Besar masakini, Dato’ Seri Ahmad Said dan kepimpinannya, kata Dato’ Mustafa tidak mempunyai hala tuju dalam membangunkan negeri Terengganu.

Menurutnya, kerajaan Terengganu berjanji untuk menyediakan kemudahan lengkap projek ternakan lembu di Setiu tetapi tidak dilaksanakan.

Akibatnya, kata beliau, pelabur yang telah mengeluarkan modal RM1 juta menjayaan projek itu, telah mengalami kerugian.

“Nak buat satu kawasan pertanian, untuk pelihara lembu di Setiu, bela lembu sudah ada beratus-ratus (ekor), saya dapat (tahu) daripada seorang pelabur duit (modal) sudah RM1 juta dikeluarkan,

“waktu nak buat projek kerajaan berjanji (menyediakan infrastruktur) bilik sejuk (cold room) dan tempat penyembelihan, bila pelihara (lembu) sungguh, bilik sejuk taka da tempat penyembelihan tak ada, akhirnya jual (lembu) begitu, mampus (gagal) projek itu,”jelasnya.

Justeru beliau menyeru rakyat Terengganu supaya membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang, kerana kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini tidak ada perancangan yang boleh membangunkan negeri dengan duit royalti yang begitu banyak.

>>>politik UMNO politik lembu, rakyat dilembukan untuk menang...duk diam-diam di rumah nganga mulut tengok TV1 TV2 TV3 kelentong... orang bodoh tak melawan...ada juga orang bodoh tak bangang bangun melawan iaitu orang bodoh tolol yang melawan kebenaran. Teruskan kebodohan masing-masing, jangan banyak cakap,undi lah BN.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template