Saturday, January 7, 2012

Kerana Aku Mahu Keadilan!! Keadilan!! KEADILAN!!

Pencacai UMNO/BN, pencacai mesra UMNO/BN, dan perncacai separuh UMNO/BN separuh PR berkokok Anwar melibatkan rakyat dalam isu moral, Ini bukan isu moral mangkuk! ini isu rakyat, rakyat turun 901 bukan kerana Anwar semata-mata tetapi kerana keadilan!

Kerana Aku Mahu Keadilan!! Keadilan!! KEADILAN!!

Kempen 901: Hadi arah ahli Pas hadir secara aman
SH - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan ahli-ahli Pas yang menyertai Perhimpunan 901 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hadir secara aman pada 9 Januari ini.

Beliau turut mengingatkan mereka menjaga ketenteraman awam selari dengan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat (PR), Rabu lalu bahawa perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 adalah perhimpunan aman.

Selain meminta mereka yang hadir menjaga diri, Abdul Hadi turut menasihatkan mereka mengikut arahan pemimpin untuk memastikan ketenteraman dijaga sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.

“Kita dah buat keputsuan pada hari mesyuarat Pakatan Rakyat, Rabu lalu bahawa (ia) perhimpunan aman dan semua mereka yang hadir menjaga diri baik-baik, jaga ketenteraman, itu tanggungjawab. Kewajipan yang diarah kepimpinan.

“Kalau ada provokasi, bukan kita (yang lakukan). Kita tiada (melakukan) apa-apa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas berceramah di Majlis Sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk, di Kampung Gaung, Kuala Berang, di sini malam tadi.

Beliau sebelum ini turut mengesahkan untuk hadir ke mahkamah bagi mendengar sendiri keputusan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari tersebut.

Ditanya jika ada pemimpin Pas yang enggan hadir pada hari tersebut, beliau tidak memaksa mana-mana pihak berbuat demikian, namun meminta mereka menyoal diri masing-masing mengenai semangat setia kawan dalam PR.

“Tanya hati ada tanggungjawab atau tidak. (Ada) semangat setia kawan (atau tidak),” katanya.

Jelasnya, ahli-ahli Pas yang mempunyai kemudahan disarankan untuk ke perhimpunan tersebut bagi memberi sokongan kepada Anwar.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template