Thursday, January 26, 2012

Kepala bapak kau melayu akan terpinggir


Melayu pasti terpinggir jika DAP memerintah
Semua orang Melayu di negara ini mesti sedar bahawa nasib serta masa depan mereka akan terpinggir jika DAP diberi mandat untuk memerintah.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, orang Melayu jangan lupa yang DAP pernah berjanji untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang antara tujuan utamanya untuk menghapuskan hak keistimewaan kaum itu. - melayau

>>> Selama BN memerintah tanah-tanah melayu dah banyak tergadai. Tanah melayu di Kg Baru tunggu masa untuk dibaham habis oleh cukung2 lapar lahanat. Bila dah tak ada tanah, bukan saja terpinggir malah merempat lah!. Nasib melayu2 felda tanah-tanahnya di negeri Pakatan selamat lah.
Bagaimana nasib melayu2 felda di negeri-negeri tanah jajahan rejim UMNO/BN? tunggu kena ngap lah!
Negeri Pakatan tak akan serah tanah pada FGVH
Keadiladaily - Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata, tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Selangor dan Kelantan tidak akan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture Holding Sdn Bhd (FGVH).
“Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture,” kata Mazlan dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas hari ini.
Menurut Mazlan lagi, pendirian itu diputuskan Jawatankuasa PAS pusat bulan lalu di Kedah dan Kelantan.
Mazlan berkata, beliau juga telah dimaklum bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengambil pendirian yang sama.
Sehubungan itu katanya, ANAK akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri.
Dalam sidang media berkenaan, ANAK tampil mendedahkan isi perjanjian di antara Felda Holdings dengan FGVH yang disifatkan berat sebelah dan menindas peneroka.
Antaranya, jika perjanjian itu ditandatangani, segala kuasa akan jatuh kepada FGVH dan Felda akan hilang fungsi sebagai institusi tanah milik Orang Melayu.
Kandungan perjanjian itu juga menyebut tanah Felda seluas 360,067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Snd Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH, lapor Harakahdaily.
Selain itu, kata Mazlan, jika peneroka ingin mendapatkan aset dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), mereka terpaksa menjual hasil perahan kelapa sawit kepada kilang milik FGVH.
“Kalau polisi itu dibuat, ia akan  merugikan peneroka dan saya menjangkakan bukan sahaja soal nak salurkan hasil jadi masalah tapi tanah 10 ekar yang dimiliki peneroka akan terjejas.
“Memanglah (Pengerusi Felda) Isa Samad kata tak usik tanah peneroka tapi secara tak langsung kesan dihadapi ke atas peneroka,” kata Mazlan lagi.



KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template