Wednesday, January 18, 2012

"Kami diperlakukan seperti binatang" mangsa kapal karam pesiaran

Para penumpang yang terselamat dalm tragedi kapal pesiaran Itali, Costa Concordia, yang dipindahkan dibawa ke tepi pantai Pulau Giglio dengan bot penyelamat. Setibaya di pantai, mimpi buruk itu masih berterusan.

Emily Lau dan Benji Smith menggambarkan adegan sangat kacau ketika menuju ke pantai dengan penumpang, sebahagian besar masih basah dan tercerdera, bertebaran dan berjalan di pulau tersebut tanpa ada arahan dari manajamen atau kru kapal.

"Costa Cruise seperti terdengar semua itu salahnya (si kapten)." Ya memang itu salahnya, tetapi derita masih belum, "ujarnya." Setelah kami diselamatkan kami diperlakukan seperti binatang, "keluhnya.

Smith dan Lau menghabiskan malam berkerumun dengan penumpang lain di tingkat sebuah penginapan di Giglio sebelum diangkut dengan perahu pada keesokan pagi. Mereka tidak tahu ke mana tujuan seterusnya.

Mereka akhirnya tiba di laman Hotel Marriot di berhampiran lapangan terbang Rom sekitar pukul 2.30 petang, Sabtu, kira-kira 16 jam selepas insiden pertembungan dengan karang terjadi.

"Beberapa orang dari Costa akhirnya datang beberapa jam kemudian. Namun mengatakan tidak ada yang boleh mereka lakukan. Tidak ada tawaran bantuan. Tidak ada kata-kata sopan yang menenangkan," kata Lau.

Costa Cruises adalah syarikat pelayaran Itali dengan pekongsian Britain-AS berpusat di Genoa. Syarikat itu unit Carnival Corp, kapal pesiar yang dimiliki dan dikendalikan oleh pelayaran Carnival di Amerika.

Smith dan Lau berkata mereka bersama 118 warga AS lain yang menjadi penumpang juga kecewa dengan kedutaan besar AS dan pegawai Itali. Tidak ada dari kedua-dua institusi itu yang ikut memberi respon dan bertanggung jawab terhadap penumpang yang terkandas.

"Pegawai kedutaan besar AS berkata pada kami tidak mungkin menghantar sesiapa pun kepada kami," kata Lau. "Sedangkan polis Itali, mengatakan Costa adalah dimiliki oleh Carnival, jadi itu adalah masalah Amerika dan mereka tidak boleh melakukan apa-apa tentang itu."

Pasangan tadi akhirnya menerima sedikit berita baik setelah lebih dari 24 jam selepas insiden. CEO AffordableTours.com, agen pelancongan tempat mereka menempah bilik di kapal pesiar telah menempah dua tiket bagi mereka untuk kembali ke Boston hujung minggu ini.

Sementara menunggu, mereka masih terdampar di hotel terletak satu jam dari Rom dengan sedikit wang yang boleh dipindahkan oleh keluarga atau agen mereka.

Mereka sepertinya juga akan mengabaikan hak-hak sah melawan syarikat pelayaran tersebut. "Kami tidak tahu bagaimana kedudukan secara undang-undang kerana tiada seorang pun diberi tahu hak-hak-hak sah mereka," kata Lau.

"Saat ini kami hanya ingin mendapat keadilan bagi mangsa tragedi," ujarnya. "Semoga kejadian ini boleh diproses secara undang-undang kerana kami masih mempercayai sistem keadilan."

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template