Friday, January 27, 2012

Juruterbang dan seorang suri rumah ditangkap khalwat

Juruterbang didenda khalwat isteri orang
Juruterbang didenda khalwat isteri orang

Sinar Harian
- Seorang juruterbang dan seorang suri rumah dihukum denda masing-masing RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Tropicana Golf Resort di sini, Mei lalu.

Juruterbang, Mohd Zafrie Mohd Jasbir Khan, 30, dan pasangannya, Nur Sarah Euzen Petrus, seorang suri rumah yang berstatus isteri orang semasa kejadian turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama dua bulan, sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohamad turut menasihatkan kedua-dua pasangan itu supaya insaf dan tidak mengulangi kesilapan sama.

“Insaf bukan terletak kepada pakaian sahaja. Datang mahkamah pakai tutup aurat, pakai kopiah tapi kalau dalam hati tak insaf tak guna juga.

“Tertuduh kedua (Nur Sarah), kamu masih ada suami yang sepatutnya kamu taati. Tetapi kamu telah menderhaka kepada suami. Sepatutnya kamu wajar dipenjarakan, tetapi atas ehsan mahkamah, kamu dijatuhi hukuman denda,” katanya.

Pasangan itu didakwa berkhalwat di sebuah rumah di Blok K, Kondo Riana Green, Jalan PJU 3/1C, Tropicana Golf Resort di sini, kira-kira jam 4 pagi, 16 Mei lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan Pendakwa Syarie, Shafezan Rosli mengikut Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shafezan ketika mengemukakan fakta kes berkata, pasangan itu ditangkap penguat kuasa yang membuat pemeriksaan ke rumah itu selepas mendapat maklumat awam.

Penguat kuasa mengambil masa lebih 40 minit untuk mendapatkan kerjasama penghuni sehingga memaksa mereka memecahkan pintu hadapan.

Pasangan itu ditemui dalam rumah berkenaan yang tidak memasang lampu

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

3 comments:

Anonymous said...

yang halal dah ada yang haram jugak dia cari..salah siapa ya..?

Anonymous said...

sendiri mahu la ingat la bro..ini la dinamakan syaitan bertopengkan manusia..
kalau hudud dah lama kena rejam....

Anonymous said...

Kesian lelaki malang tu, dianiaya oleh istri Juruterbang Etihad yang mungkin tidak dapat memuaskan istri. Mungkin kita patut lihat pada suami perempuan malang tu, mana tau suami dia dah biasa dengan lelaki arab. Tepuk dada Tanya selera saudara saudari...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template