Sunday, January 1, 2012

Jamil Khir seorang Gharimun atau Fakir atau Muallaf atau Fi sabiliLlah???

BO - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom perlu menjawab persoalan yang dibangkit oleh Ketua Audit Negara, bahawa beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain kerana menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 kes saman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim

Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah? Penjelasan yang beliau berikan semalam tidak menjawab persoalan yang berbangkit.

Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.

Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri.


KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

JAKA said...

bukan bukan bukan

semua itu bukan satu pun sesuai utk jamil misai kontot ni.

yg tepat ialah dia aadalah ulamak yg mengetuk pintu pemerintah menonjol diri utk sesuap nasi.

apabila dapat segala kemewahan dunia maka digadainya agama demi tuannya.

sibuk dia mengatakan anwar sesat kerana ajaran pluralisma sedang dia bergelumang dalam lubang tahi najis assobiyah kebangsaan umno yang sesat lg menyesatkan.

"selamat tinggal kebenaran, aku sudah mendapat syurga dunia"... begitu agaknya kata hati jamil misai kontot ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template