Friday, January 13, 2012

Jalan raya 4 tahun tak siap-siap, naik kematu bontot

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita50/DSC_0500.JPG

Edar risalah bantah projek jalan lembab


Buletin Online - Sebanyak 3000 keping risalah membantah kelembapan perlaksanaan projek menaiktaraf Jalan Haji Zainal Abidin di Suragate, dekat sini, diedarkan semalam.

Ketua Pemuda PAS Dungun, Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata seramai lima puluh orang tenaga pemuda Dungun bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan WARIS, bermula jam 5 petang

"Seramai 50 orang telah mengedarkan 3000 keping risalah isu projek menaiktaraf Jalan (Haji Zainal Abidin) Sura Gate yang tak siap-siap, berlarutan sejak 4 tahun lalu,"katanya ketika ditemui Skuad Buletinonline.

Menurutnya, pengedaran risalah tersebut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai sekaligus membantah kelembapan projek tersebut.

Turut sama mengedarkan risalah itu adalah ADUN Sura, Ustaz Wan Hasaan Mohd Ramly, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.

Menurut Roslan, laluan utama bandar Dungun ini sewajarnya disiapkan mengikut jadual kerana ia telah mengganggu perjalanan hidup seharian banyak pihak.

"ia (jalan tersebut) wajar disiapkan mengikut jadual kerana telah mengganggu banyak pihakt; pengguna jalanraya, orangg awam, peniaga, pelajar sekolah dan juga penjawat awam.

"bagi WARIS, edaran (risalah) ini adalah usaha menyampaikan mesej kekesalan kita, kepada pihak berwajib, bagi pihak rakyat agar mereka memberi perhatian segera dan sewajarnya dalam perkara ini,"jelasnya.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita50/photo.JPG

>>> ini projek kasi susah sama rakyat.  Panjang jalan cuma 2.7km, 4 tahun sudah masih tak siap-siap...Dari PRU 12 dah nak masuk PRU 13 dah... Ini lah cara membangun bersama Barisan Nasional... kroni kaya raya, rakyat makan habuk jalan... padan muka...hancur sport rim macam ni... undi lah BN lagi
macam-macam cara nak melembukan rakyat, lihat lah apa kata Najib di sini 

Najib: Masalah penduduk selesai jika BN berkuasa

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Anonymous said...

hahaha..padan muka sumer..ala baru 4 tahun..jalan batu pahat kat johor lg dahsyat..smpi lupa kira bape tahun dah x siap2..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template