Friday, January 20, 2012

InsyAllah pilihanraya akan datang, Terengganu akan dimenanangi semula oleh PAS - Mat sabu

Yakin menang PRU13; Ada Nilai Tambah Sokongan Kepada PAS Terengganu
Buletin Online - Bersandarkan kepada sambutan orang ramai terhadap program-program PAS sebelum ini, Timbalan Peresiden PAS, Haji Mohamad sabu yakin PAS akan kembali memerintah selepas pilihanraya umum ke-13 akan datang

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ceramah pada majlis ceramah sempena sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dekt sini, Khamis 19 Januari.

"Saya nampak sambutan rakyat Terengganu kepada program-program PAS begitu hebat sekali terutama dikalangan anak-anak muda yang bukan ahli PAS,

saya berkeyakinan penuh, InsyAllah pilihanraya akan datang, Terengganu akan dimenanangi semula oleh PAS dan Pakatan Rakyat berdasarkan mood rakyat yang ada sekarang,"tegasnya.

Beliau berkata, ukuran yang beliau berasaskan bukan orang PAS yang kerana menurutnya sekiranya semua orang PAS yang datang, tidak ada nilai tambah.

Menurutnya, peningkatan sokongan kepada PAS adalah kerana pendekatan pelbagai yang dilaksanakan selain dari kelemahan pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

rauna rakab said...

negeri yang dimenangi pakatan rakyat pada pilihanraya akan datang Perak Trengganu perlis sabah disamping yang sedia ada selangor penang kedah kelantan.hancur lebur le umno bn para peminpinya kehomestay disungai buluh kan kan kan mara terus mara keputrajaya demi untuk kesehjahteraan semua rakyat malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template