Monday, January 9, 2012

‘hukuman akhirat pasti akan berlaku' - kata Saiful


Saiful: Saya redha keputusan mahkamah tapi ‘hukuman akhirat pasti akan berlaku’


TMI - Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat namun menegaskan “hukuman akhirat pasti akan berlaku.”
Mohd Saiful, 26, bekas pembantu peribadi Anwar dan pengadu dalam kes liwat berkata beliau akan terus bertenang, berdoa dan bersabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Saiful: Saya redha keputusan mahkamah tapi ‘hukuman akhirat pasti akan berlaku’
Anwar berdepan pertuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu.

“Tidak di dunia, namun di Masyar pasti. Redha dgn ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi (Ya Allah engkaulah matlamatku dan aku mencari keredaan-Mu),” kata Mohd Saiful dalam akaun Twitter miliknya.

Semasa keputusan diumumkan Mohd Saiful (gambar) tidak hadir ke mahkamah.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.


note: berapa ramai pemimpin UMNO korup terlepas undang-undang di dunia? berapa ramai? pemimpin2 UMNO yang korup akan diampun oleh rakyat?
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

3 comments:

Anonymous said...

kalu da tau ada hukum akhirat, awat hang buat benda yg tak senonoh ni, bodoh. tak berak dua ari, lps tu g sembahyang, apa ceta.

acop said...

memang saifool ni bangang dan tolol kerana bontot dia tu digunakan org lain nak ikutkan mentor dia nak susahkan DSAI tu...masyuuukk kot

Anonymous said...

tak terfikir oleh akal akan ada orang yg seberani saiful, konfiden cakap pasal hukuman akhirat, tak terfikir ke macamana keadaannya disana nanti, dan tuntutan dari mereka yg telah ditipunya yg termakan tipunya. guna islam untuk membela diri didunia ini. ingin menipu tapi sendiri tertipu. ngeri dunia dah sampai tahap sakit tenat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template