Saturday, January 7, 2012

Hasan Ali je, bukan Hasan Al Banna

Pabila lembu berakal, lembu pun tidak sanggup untuk jadi barua UMNO/BN setelah dilembu-lembukan untuk memewahkan pemimpin yang merompak wang rakyat. Kita sudah rasa penat dilembu-lembukan untuk kesejahteraan pemimpin korup. Kita bukan seperti lembu-lembu NFC yang membuncitkan perut-perut pemimpin dan kroni UMNO/BN. 901 adalah kuasa rakyat melawan kerajaan korup. Pergi lantakkk lah dengan Hasan Ali. Lidah UMNO dalam PAS. Hasan Ali je, bukan Hasan Al Banna.
Demo 901: Azmin Desak PAS Ambil Tindakan Terhadap Hasan Ali

Demo 901: Azmin Desak PAS Ambil Tindakan Terhadap Hasan Ali


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak rakan sekutu mereka iaitu PAS bertanggungjawab terhadap kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menyeru agar rakyat tidak menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901'.

Sambil menyifatkan kenyataan Hasan sebagai celupar, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut menuntut agar PAS meneliti tindakan sewajarnya terhadap Exco Selangor itu yang dilabel sebagai melampau dan keterlaluan.

"Beliau telah melanggar prinsip dan semangat Pakatan Rakyat. Sebagai Exco kerajaan negeri, beliau tidak sewajarnya membuat kenyataan terbuka seperti itu yang tidak berasas sama sekali.

"Ini menuntut supaya pimpinan tertinggi PAS mengambil tindakan yang serius terhadap Dr Hasan yang bagi saya sudah melampau dan tidak lagi bertanggungjawab terhadap Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.

"Saya serahkan kepada PAS Pusat. Saya cuma mencadangkan agar PAS Pusat bertanggungjawab di atas tindakan Dr Hasan dan meneliti tindakan yang sewajarnya yang perlu diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Hasan sebelum ini yang menyifatkan demonstrasi 901 anjuran PKR sebagai sesuatu yang sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Hasan turut menyeru agar ahli PAS tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Selain itu Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mempersoalkan kedudukan Hasan apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan kepimpinan tertinggi PAS dalam isu berkenaan.

"Ketika beliau menyerang Datuk Seri Anwar semalam, pada masa yang sama Datuk Nik Abdul Aziz Nik MT sedang meraikan Datuk Seri Anwar di Kota Bharu bagi menyampaikan rasa sokongan dan simpati.

"Jadi kalau Datuk Nik Aziz sendiri pada masa yang sama, hari yang sama memberikan sokongan dan beliau sendiri dijadualkan hadir pada 9 Januari ini...tertakluk kepada kesihatannya, saya nak tanya siapa Dr Hasan dalam perkara ini?," katanya tegas.

Dalam pada pada itu Mohamed Azmin turut mempertikaikan pendirian Hasan yang tidak akan menyertai perhimpunan solidariti terhadap Ketua Pembangkang.

"Beliau tak nak pergi, tak payahlah bising. Himpun dia boleh pergi. Ini bukan soal peribadi Datuk Seri Anwar.

"Sekali lagi saya tegaskan, selain tunjukkan solidariti terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar, perhimpunan ini juga sebagai tentangan rakyat terhadap kata politik Umno dan BN.

"Apakah Dr Hasan setuju dengan kata politik yang menjadi budaya Umno dan BN pada hari ini? Apakah beliau seorang pemimpin yang sangat bermoral sehingga orang lain buruk?" katanya.

-mStar
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

jalilnor on January 13, 2012 at 7:26 PM said...

YH Dato dr Hassan memang mahu dirinya dipecat... setelah mencongak semua senario.... lebih baik ikut jadi dr Fadillah Kamsah ,rich and famous...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template