Saturday, January 7, 2012

Geng perempuan yang memburu kaum lelaki untuk diperkosa kembali beraksi

HHRS 2.0 - Geng perempuan yang memburu kaum lelaki untuk diperkosa kembali beraksi. Polis Zimbabwe bersiap sedia sebarang kemungkinn. Menurut polis, sekurang-kurangnya dua lelaki dilaporkan menjadi mangsa serangan seksual pada minggu terakhir 2011, seperti dilaporkan Global Post, Khamis (5/1/2012).

Mangsa mengaku, para penyerang adalah perempuan yang menawarkan tumpangan kepada mereka. Kini warga Zimbabwe, khususnya kaum lelaki, merasa bimbang bahawa geng-geng perempuan perogol "kembali mencari mangsa", laman New Zimbabwe melaporkan.

Serangan-serangan seksual terhadap kaum adam itu didakwa dilakukan oleh "sindiket pencari sperma" yang bermaharajalela sejak dua tahun terakhir. Modus operandi mereka adalah menawarkan tumpangan pada kaum lelaki di malam hari. Mangsa kemudiannya dibius dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan ancaman senjata tajam atau senjata api. Mangsa kemudianya dibuang di tepi jalan. Salah seorang mangsa bahkan mengaku diancam dengan seekor ular sebelum diperkosa.

Pada November lalu, tiga perempuan menjadi berita utama di media-media di seluruh Zimbabwe selepas polis mendapati 31 kondom yang sudah terpakai, dan beberapa di antaranya mengandungi sperma, di kereta mereka. Media massa Zimbabwe melaporkan, ketiga-tiga melakukan ritual "tuai sperma".

Ketiga perempuan muda itu kini menjalani perbicaraan dengan 17 dakwaan. Dalam pemeriksaan polis, mereka mengaku sebagai pelacur yang terlalu sibuk untuk membuang bekas kondom-kondom itu. Perbicaraan mereka seterusnya dijadualkan berlangsung pada 26 Januari akan datang. Meskipun demikian, ketika ini mereka tidak ditahan di penjara selepas dibebaskan dengan jaminan.

Meningkatnya kes jenayah seperti itu didawa dipengaruhi pelbagai khabar angin tentang khasiat sperma, seperti baik untuk kulit wajah, membuat rambut indah, serta ubat awet muda.

Ketua polis Zimbabwe, Augustine Chihuri, memberi amaran, geng-geng perempuan akan "ditindak secara profesional dan tanpa belas kasihan."

"Saya peringatkan pada penjahat-penjahat sosial yang telah merosakkan susunan, norma, dan nilai sosial dan budaya dengan aktiviti yang tidak wajar terhadap kaum lelaki supaya menghentikan amalan-amalan itu," tegasnya. Diterjemah dari kompas

2 comments:

kampong lad on January 7, 2012 at 9:34 PM said...

dlm keterpaksaan camana batang boleh naik? selalunya mangsa rogol kaum perempuan..pelik jugak no!

Anonymous said...

kampong lad orang lelaki ni sensitif...setakat tengok pompuan pakai seksi pun org lelaki dah naik syahwat..apatah lagi apabila bersentuhan kulit..pasaitu Allah Taala suruh pompuan tutup aurat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template