Monday, January 9, 2012

Gaji PM Singapura masih tertinggi di dunia

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan para menterinya akan dikurangkan gajinya sekitar 36 peratus selepas mengkritik terhadap gaji mereka yang terlalu tinggi. Tetapi, Lee akan tetap menjadi pemimpin di dunia yang mempunyai bayaran tertinggi.

Singapura membayar pegawai kerajaan dan pegawai negeri dengan jumlah besar untuk menarik bakat terbaik negera itu menyertai sektor awam. Gaji besar juga membantu ahli politiknya tetap jujur​​.

Lee memperoleh lebih dari 3 juta dolar Singapura setahun dan selepas dikurangkan menjadi 2.2 juta dolar. Besaran itu disusun oleh jawatankuasa khas yang dibentuk pada tahun lalu. Lee mengatakan pada media tempatan bahawa kerajaan akan menerima cadangan itu.

Walaupun bayarannya dipotong, Gaji lee akan tetap tiga kali lebih besar daripada pemimpin eksekutif Hong Kong Donald Tsang.

Pemotongan gaji itu akan dijadualkan bermula pada 21 Mei ini. Sumber antaranews

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template