Tuesday, January 31, 2012

Gadis ini dikurung dalam bilik air selama 10 tahun

Polis bandar Qalqilya, Tebing Barat, Palestin, membebaskan seorang perempuan 21 tahun yang dikurung ayahnya di bilik mandi berukuran 1 x 1.5 meter selama 10 tahun, Sabtu (21/1/2012).

Ayah perempuan bernama Baraa Melhem itu mengakui perbuatannya. Katanya dia mengunci puterinya itu sejak Baraa berusia 11 tahun. Sang ayah berkata, dia mengunci puterinya dengan alasan "perselisihan keluarga". Namun, dia tidak menjelaskan perselisihan seperti apa yang membuatnya mengurung anak perempuannya.

Kepada pegawai dinas sosial yang mengurusinya saat ini, gadis itu mengaku dikurung selama siang hari dan dikeluarkan dari bilik mandi pada pukul 01.00 hingga 04.00 pagi untuk membersihkan rumah. Kepada Voice of Palestine, Baraa mengatakan, dia digunduli lalu alisnya dicukur oleh ayahnya. Dia hanya boleh mandi sebulan sekali.

Kepala dinas kesejahteraan sosial Qalqilya, Azat Maluach, berkata, sesaat setelah bebas dari penyekapan itu, Baraa meminta gula-gula. Gadis itu mengaku selama dikurung dia tidak pernah mendapat makanan manis dalam bentuk apa pun.

Baraa sangat takjub dan setengah tidak percaya ketika keluar dari rumah. "Benarkah itu matahari? Apakah itu matahari yang saya impikan? Tanyanya kepada pegawai.

Menurut Maluach, ketika polis membebaskannya, gadis itu tidak percaya. "Dia kata kepada kami, dia tidak pernah melihat siang hari selama sembilan tahun," kata Maluach seperti dikutip Ynetnews, Minggu (22/1/2012).

Gadis itu juga terkejut melihat begitu ramai orang. "Apakah orang-orang itu yang saya dengar di radio?" tanyanya.

"Di dalam rumah itu terdapat dua bilik mandi dan dia dikurung di salah satunya. Di situ juga dia makan. Dia juga mencuci baju di situ. Satu-satunya kenalan dia dengan dunia luar adalah radio yang ditinggalkan ayahnya," ungkap Maluach.

Radio itu juga menjadi satu-satunya hiburan baginya. Dari radio itu dia mengetahui bahawa dia berbintang Leo yang bererti dia mempunyai personaliti yang berapi-api.

"Begitu kami membebaskannya, dia menangis dan minta bertemu dengan ibunya. Kami menghubungi ibunya, yang akan datang dan memeluk serta menenangkan dia (Baraa)," lanjut pegawai dinas sosial itu.

Kedua-dua orang tuanya bercerai ketika dia berusia empat tahun. Hak asuh diberikan kepada ayahnya. Baraa tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Kerana ayahnya, disebut bernama Hassan Melhem, berkewarganegaraan Israel, polis Palestin menyerahkannya kepada pihak berkuasa Israel. Dia akan diadili oleh mahkamah Israel pada Rabu (25/1/2012).

Selama dikurung, Baraan dipukul dan jarang diberi makan. Dia hanya diberi sehelai selimut, sebuah radio, dan sebilah silet. Oleh ayah dan ibu tirinya, dia disuruh membunuh diri sendiri.

"Saya tidak membenci ayah. Namun, saya membenci yang dilakukannya kepada saya. Mengapa dia melakukannya? Saya tidak memahaminya," ujarnya. Menurut gadis itu, penyekapannya bermula ketika dia melarikan diri dari rumah ketika dia berumur 10 tahun. Polis kemudian membawanya pulang. Saat itu ayahnya memaksa dia menandatangani kenyataan bahawa dia tidak mahu kembali ke sekolah.

Kini Baraa tinggal dengan ibu kandungnya di Maysoun, sebuah penempatan Arab di Jerusalem. "Sekarang saya bahagia. Kehidupan saya bermula," ujarnya. Sumber kompas.com
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template