Saturday, January 14, 2012

Durian runtuh untuk orang felda: "I help you, you help me" tak reti-reti lagi?

Najib: 'Durian runtuh' buat peneroka tak lama lagi
BUKIT GANTANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri semakin meningkat kerana perikatan itu mengotakan janji mengikut kemampuan.

Perdana Menteri berkata, rakyat menyedari BN bukanlah kerajaan yang gemar bermain politik bersifat populis serta berjanji perkara yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Apa yang kita mampu lakukan, kita lakukan dan apa yang kita janji kita laksanakan sebagai kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan Program Pemukiman ADUN-ADUN BN seluruh negara di Jalan Simpang, di sini, semalam.

Beliau berkata, janji-janji itu dibuktikan dengan pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, pemberian subsidi dalam pelbagai sektor seperti subsidi petrol.

Selain itu, Najib juga membayangkan akan mengumumkan "durian runtuh" untuk masyarakat peneroka tidak lama lagi dan beberapa insentif lain untuk rakyat.

"Jumlahnya saya tidak akan beritahu lagi, sampai masa nanti saya akan umumkan. Biar 'suspens' sikit," katanya.

Bagaimanapun, katanya terdapat pihak yang cuba menidakkan usaha kerajaan membantu rakyat.

Katanya, kerajaan BN sentiasa berusaha untuk kesejahteraan rakyat dan "tak reti nak spin".

"Ini politik dia, asyik main pusing sahaja, semua (kita buat) tak kena.

"Yang kita buat untuk rakyat dia nak tenggelamkan," katanya.

Katanya, di bawah kerajaan BN sejak negara merdeka, seorang anak nelayan telah berjaya menjadi Menteri Besar bagi menerajui sebuah negeri.

"Jangan hina Menteri Besar (MB). Masa kecil dia selalu ke laut sepatutnya kita kena bangga anak nelayan jadi MB," katanya merujuk kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

>>>Orang felda tak faham-faham lagi ka? itu maknanya "TOLONG UNDI BN" era BN tak ada kamus free,bukan nak bagi saja...masih ingat kata-kata Najib ni?
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” 
ia berlaku semasa kempen pilihanraya di Sibu. Link pasal Sibu kat sini. Dan apa SPRM dah buat?

Itu dulu, sekarang ni dah jadi MB Perak haram sanggup turun ke laut jadi nelayan? jangan buat cerita air mata la...
Siapa dalam gambar di atas? 
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template