Tuesday, January 31, 2012

Derita kerja kilang iPad di China

Kerja lebih masa berlebihan tanpa hari cuti dalam seminggu, tinggal bersesak dalam asrama yang penuh sesak, dan berdiri terlalu lama sehingga kaki bengkak dan hampir tidak boleh berjalan setelah kerja shift selama 24 jam. Itulah kehidupan sejumlah pekerja yang mengaku bahawa mereka berkerja di pusat-pusat kilang Apple di China. Syarikat-syarikat pembekal Apple itu juga dipercayai membuang bahan buangan berbahaya secara serampangan dan punya rekod yang tidak bagus.

Hampir 140 pekerja cedera di sebuah syarikat pembekal di China dua tahun lalu kerana menggunakan bahan kimia beracun untuk membersihkan skrin iPhone, sementara dua letupan tahun lalu menewaskan empat orang dan mencederakan lebih daripada 75 orang lain.

Raksasa teknologi dari California itu diduga telah diberi tahu tentang keadaan berbahaya di kilang-kilang di Chengdu, China barat daya, itu sebelum letupan di kilang-kilang tersebut terjadi. Demikian dilaporkan harian New York Times, beberapa hari lalu.

"Jika Apple telah diperingatkan dan tidak bertindak, itu tercela," kata ahli keselamatan kerja di Massachusetts Institute of Technology, Nicholas Ashford, kepada New York Times. "Namun, apa yang secara moral menjijikkan di satu negara, di tempat lain hal itu diterima sebagai amalan perniagaan, dan syarikat-syarikat mengambil keuntungan dari situ," tambah bekas penasihat pada Jabatan Tenaga Kerja AS tersebut.

Sejumlah sepanduk di kilang di Chengdu memberi peringatan kepada 120.000 kakitangan yang ada. "Kerja keras dalam pekerjaan yang ada saat ini atau bekerja keras untuk mencari pekerjaan besok." Di tempat itu, pekerja-pekerja yang datang terlambat sering harus menulis seperti surat pengakuan dosa.

Laporan harian itu berlaku sebaik sahaja selepas Apple mengumumkan keuntungan yang melonjak bernilai 13 bilion dollar AS dalam jualan sebanyak 46 bilion pada suku terkini. Namun, syarikat itu masih ingin kilang-kilangnya di luar negara menghasilkan lebih banyak lagi.

Para eksekutif Apple mendakwa, syarikat itu telah memperbaiki kilang-kilangnya dalam masa beberapa tahun terakhir dan menerbitkan kod etika tentang tenaga kerja dan keselamatan bagi pembekal. Namun, menurut kumpulan advokasi pekerja, masalah masih ada.

Menurut laporan syarikat itu, lebih separuh daripada pembekal yang diaudit Apple telah melanggar sekurang-kurangnya satu bahagian dari kod etika itu-hal tersebut berlaku setiap tahun sejak 2007-dan bahkan dalam beberapa kes melanggar undang-undang.

Seorang pekerja Foxconn, rakan Apple, menurut New York Times, melompat atau jatuh dari sebuah blok pangsapuri setelah kehilangan sebuah prototaip iPhone tahun 2009 dan 18 pekerja lain nampaknya cuba untuk bunuh diri dalam dua tahun. Jaring bunuh diri telah dipasang untuk mengelakkan para pekerja melompat hingga tewas dan Foxconn mula menyediakan rawatan kesihatan mental yang lebih baik bagi para stafnya.

Li Mingqi bekerja untuk kilang rakan Apple, Foxconn Technology, sampai musim semi lalu. Ia ikut menguruskan kilang di Chengdu yang mengalami letupan. Dia sekarang menyaman Foxconn atas pemecatan terhadap dirinya. "Apple tidak peduli tentang apa-apa selain meningkatkan kualiti produk dan mengurangkan kos pengeluaran," kata Li kepada New York Times. "Kebajikan pekerja tidak ada kaitannya dengan kepentingan mereka."

Letupan fatal di Chengdu berpunca dari debu aluminium yang terbentuk tiga minggu selepas iPad keluar. Walaupun ada penyelidikan dari pihak Apple, tujuh bulan selepas itu dijalankan seterusnya, walau tidak fatal, di Shanghai.

Seorang bekas eksekutif Apple mendakwa, syarikat itu telah mengetahui penyimpangan dalam bidang tenaga kerja di beberapa kilang selama empat tahun, "dan mereka terus meneruskan (keadaan itu) kerana sistem bekerja untuk kami".

Para pembekal hanya diberi margin keuntungan sangat kecil untuk apa yang mereka hasilkan buat Apple, dan para eksekutif di Cupertino selalu meminta butiran kos, jumlah pekerja, dan besaran gaji.

Pengasas Apple, Steve Jobs, yang meninggal dunia pada Oktober lalu, berkata, dua tahun lalu bahawa Apple merupakan pemimpin dunia dalam "memahami keadaan-keadaan para pekerja dalam rantai bekalan kami". Dia mengatakan, banyak kilang punya restoran, pawagam, rumah sakit, dan kolam renang. Para kakitangan berkata, mereka menghargai kemudahan-kemudahan itu, tetapi keadaan kerja masih dipandang sebagai sesuatu yang tidak berbelas kasih.

Foxconn mengatakan, sebagaimana dikutip New York Times, keadaan kerja "baik-baik saja kecuali keras". Hanya satu orang dari 20 pekerja di barisan pemasangan yang harus berdiri untuk melakukan pekerjaan mereka, dan syarikat itu mempunyai "rekod keselamatan yang sangat baik".

Namun, Mail on Sunday melawat sebuah kilang Foxconn yang membuat iPod di Shenzhen, China, tahun 2006, dan laporan harian itu yang menunjukkan adanya waktu kerja yang panjang, penginapan yang penuh sesak, dan hukuman mengejutkan para eksekutif Apple. "Kami berusaha sangat keras untuk membuat pembaikan," kata seorang bekas eksekutif Apple kepada New York Times. "Tapi kebanyakan orang akan sangat terganggu jika mereka lihat di mana iPhone mereka dibuat." sumber kompas

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template