Wednesday, January 11, 2012

Dakwat kekal tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air, PRU 13 dakwat kekal



Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan luluskan penggunaan dakwat kekal pada PRU13


The Malaysian Insider - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 adalah harus dan dibenarkan.



Keputusan itu dicapai berdasarkan tiga kriteria utama dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.


“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air,” kata Jabatan Penerangan Malaysia di laman Twitter dan Facebook.

Difahamkan mesyuarat yang berlangsung di Putrajaya dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Pada Disember lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 namun perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan itu.

Penggunaan dakwat kekal adalah antara 10 cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini.

Ia juga merupakan salah satu tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Pada pilihan raya umum 2008, SPR memperoleh bekalan dari India dengan kos dianggarkan dalam sekitar RM4 juta.

Bagaimanapun penggunaannya dibatalkan pada saat-saat akhir atas alasan keselamatan dan perundangan.
Note: Jangan jadi bodoh bangang, Mesir juga guna dakwat kekal dalam pilihan raya pasca rejim Mubarak. Sebelumnya, dakwat kekal juga diharam guna dalam pilihan raya Mesir. Bagi sebuah negara rejim fatwa mereka adalah dakwat kekal haram, haram kerana boleh menumbangkan kerajaan mereka yang korup. 
Tahniah Fatwa Kebangsaan.


KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template