Monday, January 30, 2012

BBN, Bahana Barisan Nasional 4 Feb 2012

Forum Kepenggunaan; Jangan lupa BBN, Bahana Barisan Nasional
Buletin Online
- Kenaikan harga barang yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini telah memberi impak yang besar kepada rakyat di negara amnya dan di Negeri Terengganu khususnya. Kenaikan kos sara hidup jelas memberi tekanan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan harian.

Situasi ini boleh memberi banyak impak negatif kepada semua pihak.Oleh kerana itu PAS Terengganu mengambil peranan tampil untuk menganjurkan forum bagi menyediakan platform dengan tujuan penyaluran maklumat dan medan menerima maklum balas daripada rakyat berkaitan isu yang menyentuh kepentingan mereka secara langsung.

Forum rersebut bertemakan: ‘Kenaikan Harga Barang, Rakyat Tanggung Bahana’.

Objektif Forum di atas adalah;
1. Memberi kefahaman kepada umum,kenapa kenaikan harga barang ini berlaku.
2. Bagaimana kenaikan harga barang memberikan impak kepada kehidupan rakyat.
3. Apakah kenaikan ini natijah dari penyalahgunaan kuasa atau salah urus tadbir oleh pihak berwajib.
4. Membincangkan solusi dan jalan penyelesaiannya

Forum ini akan di adakan di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, dan akan diadakan pada hari Sabtu, 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, 4 Februari 2012.

Ia akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu dengan menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Pengerusi Lujnah Pengguna Pas Pusat, merangkap Naib Presiden Pas, Dato’ Haji Mahfuz Omar.

Selain Dato' Mahfuz, ia turut di paneli oleh wakil FOMCA dan Usahawan Peruncitan Terkenal Encik Che Salmi Che Ibrahim, selaku Pengurus Pasaraya Sabasun Hyper Runcit, Kuala Terengganu. Editor Harakahdaily, Encik Zulkifli Sulong akan bertindak sebagai moderator.

Jangan lupa (BBN) Bahana Barang Naik, Bahana Barisan Nasional! Forum ini terbuka kepada umum dan semua dijemput hadir.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar
PAS Terengganu.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template