Tuesday, January 17, 2012

Banjir; bala bagi rakyat, laba kepada JKKK dan Umno

Buletin Online - Rakyat pada umumnya menganggap, banjir yang sering melanda pada musim tengkujoh di negeri ini adalah bala bencana sebaliknya, merupakan ‘laba’ kepada Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan pemimpin Umno.

Menurut Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda, JKKK mengambil kesempatan mengaut laba dengan memanipulasikan bantuan banjir, manakala pemimpin Umno menjadikan banjir sebagai ‘laba’ dengan meraih publisiti.


“ JKKK pernah meminta bantuan banjir dibawa ke rumahnya sedangkan ia sepatutnya dihantar ke pusat-pusat pemindahan,

“pemimpin Umno biasanya muncul apabila banjir melanda dengan membawa media masa, sedangkan sebenarnya mereka tidak turun ke kawasan yang terjejas,”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan banjir di kampung Hulu Seladang, di sini pada Ahad, 15 Januari.
Beliau turut sama dalam operasi membantu mangsa banjir yang terpaksa menaiki bot kerana jalan yang menghubungkan Kampung Hulu Seladang dengan Kampung Besut telah dinaiki air.

Katanya, Unit Banjir PAS DUN Permaisuri yang diketuai oleh Pengerusi MTD Permaisuri, Hasan Basari Wan Omar telah menghantar bantuan berupa barangan keperluan dapur.

Selain Kampung Hulu Seladang, bantuan turut dihantar ke pysat pemidahan banjir Kampung Tasik.

Sehubungan itu, Ketua PAS Cawangan Kampung Besut, Azizan Abdul Rahman mengesahkan Dato’ Mohd Jidin telah datang kerumahnya bersama pihak media.

“Dia (Mohd Jidin) datang waktu pagi ke rumah saya bersama TV3, tapi dia tak pergi ke Kampung Hulu Seladang yang terputus hubungan,”jelasnya

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template