Saturday, January 14, 2012

Alahai, boss Mydin pun nak main politik…

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Mydin dicabar menyerahkan bukti berkaitan tuduhannya yang menyatakan ada penipuan dalam pengisytiharan harta oleh Exco-exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong mencabar Ameer Mydin supaya menyerahkan bukti-bukti kukuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

“Jika tiada bukti, sebagai tokoh korporat yang bertanggungjawab, beliau harus menarik tuduhan beliau itu dengan segera dan meminta maaf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata demikian mengulas kenyataan Ameer Mydin di Twitter semalam yang dipetik sebagai berkata:

“After 3 years so can trust (Selepas tiga tahun boleh percayakah?)” dan

“All done la transfers take time thats way after 3 yrs declaring (Semua pemindahan sudah siap lah sebab itu ambil masa tiga tahun).”

Liew yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat DAP menjelaskan bahawa kesemua 11 Exco kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengumumkan aset mereka pada 8 Mac 2008 dan 31 Disember 2011.

“Pengisytiharan harta itu dinilai dan disahkan oleh firma akauntan antarabangsa, KPMG,” katanya, menambah ini adalah kali pertama semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, ahli kerajaan secara terbuka mengisytiharkan harta masing-masing.

Mydin adalah satu-satunya pengendali monopoli Kedai Rakyat 1Malaysia.

>>> ini aset BN, tak perlu nak nilai, dah tak bernilai. Barang BN mudah didapati dimana-mana sahaja...sebab itu ia kurang berharga....
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

uLaTbUKu.cOm on January 14, 2012 at 8:28 AM said...

boikot mydin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template