Friday, January 13, 2012

Air percuma untuk rakyat Terengganu, itu pun kalau PR menang la...

Air percuma antara janji manifesto Pakatan Terengganu

Sinar Harian - Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Pas dan Pakatan Rakyat (PR) Terengganu hari ini mengumumkan pendekatan tersendiri dalam usaha menarik pengundi termasuk pemberian air percuma dan menuntut royalti petroleum.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mengemukakan lima perkara baru dan mengekalkan lima intipati lama sekiranya Pas, anggota komponen PR menang dalam PRU13.

“Pertambahan (perkara) pertama dalam manifesto baru ini ialah berhubung isu royalti yang sudah berlarutan sehingga 13 tahun belum tidak diselesai akan diperjuangkan supaya dapat mengembalikan hak royalti petroleum kepada negeri Terengganu.

“Walau bagaimanapun, kita (Pas dan PR) akan memperjuangkan hak ini demi rakyat berteraskan motto Terengganu Maju, Islam Berdaulat dan Negeri Berkebajikan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Pas Kuala Berang di sini.

Seterusnya, ia juga menjanjikan pendekatan pengambilan balik tanah rakyat yang terlibat dengan rumah kediaman oleh kerajaan.

“Pas akan mengusahakannya dengan tapak gantian baru atau rumah penempatan ganti kepada pemilik terlibat kerana kesian dengan nasib mereka yang tidak tahu hala tuju setelah tanah mereka diambil,” katanya.

Pas dan PR juga dalam manifesto barunya akan memberi bekalan air percuma 20 meter pertama kepada pengguna domestik bermeter individu setiap bulan.

Begitu juga dengan isu kekurangan sekolah agama akan diatasi dengan menambah sekolah menengah agama negeri di setiap daerah serta memberi geran tahunan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan pusat-pusat pengajian pondok.

“Akhir sekali, akan mewujudkan semula institusi pengajian tinggi Islam milik negeri yang mengutamakan anak-anak Terengganu.

“Kemungkinan besar ada lagi penambahan (perkara dalam manifesto) sebelum PRU13,” katanya.

Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, beliau yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 17 kerusi kawasan.

“Tetapi tetap menyasarkan kawasan-kawasan yang belum menang manakala kawasan yang telah ‘dipegang’ akan bekerja keras untuk memperkukuhkan jentera masing-masing,” katanya.
>>> Habuan ini lebih hebat dari sehelai kain pelekat, habuan ini lebih hebat dari wang RM300, itu pun pemberian pilih kasih, yang tak sebulu tak dapat. Begitu juga dengan notebook. Habuan ini moga dapat mencerdikkan rakyat Terengganu. Hak rakyat Terengganu terhadap royalti yang berbillion ringgit serta air percuma moga dapat mengubah nasib buruk rakyat Terengganu yang kini meraung-raung di bawah pemerintahan rejim BN. Nak percuma ke nak bayar? atau masih gila-gila dengan Monsoon Cup? dan bagaimana pula jalan di bandar Dungun? bukan main teruk lagi jalan...4 tahun tak siap-siap... jalan di Bandar Terengganu juga sesak teruk, Jambatan Sultan Mahmud hari-hari sesak dan bertambah sesak pabila cuti sekolah...nasib baik kerajaan PAS 1999-2004 mencampak pondok tol jauh-jauh dari jambatan tu, kalau BN masih memerintah ketika itu, kirim salam la...walaubagaimana pun aku setuju sangat-sangat kalau kerajaan BN kembalikan semula pondok-pondok tol tersebut selepas menang PRU 11, ajar sikit...sape suruh tukar kerajaan...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template