Wednesday, January 11, 2012

Adam Adli menjadi kolumnis MerdekaReview

Merdeka Review - Adam Adli Abdul Halim, mahasiswa yang mencetus kontroversi lantaran perbuatannya menurunkan bendera berwajah Najib Razak di depan ibu pejabat UMNO, telah bersetuju untuk menjadi kolumnis MerdekaReview. Artikel pertama beliau di MerdekaReview yang berjudul "Mengapa saya pilih jalan raya?" akan disiarkan pada hari ini.

Adam Adli (gambar kiri), 22, penuntut tahun ketiga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini digantung tiga semester selepas didapati bersalah kerana mencemarkan reputasi UPSI, berikutan perbuatannya menurunkan bendera Presiden UMNO Najib Razak. Insiden ini berlaku apabila sekumpulan mahasiswa menyerah memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di ibu pejabat UMNO, pada 17 Disember 2011. Adam Adli menaikkan panji kebebasan akademik untuk lima minit, sebelum bendera berwajah Najib dinaikkan semula.

Perbuatan ini mencungkil ketidakpuasan orang UMNO, sehingga sesetengah memberi amaran melalui video di Youtube untuk menampar dan meludah pada muka Adam Adli. Bukan itu sahaja, Adam Adli telah diberi notis oleh pihak UPSI untuk menghadap lembaga disiplin, yang kemudiannya diketahui bahawa Profesor Zainal Kling antara anggotanya. Zainal Kling pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, ketika isu Mat Indera yang dicetuskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hangat diperbincangkan.

Satu demonstrasi telah diadakan pada awal pagi 1 Januari 2012, sebagai tanda sokongan terhadap Adam Adli, di depan UPSI. Demonstrasi tersebut bagaimanapun berakhir dengan beberapa orang pemimpin mahasiswa dikasari dan tercedera, antaranya Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang, yang kini masih memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

Dua laman khas bernama "We are all Adam Ali" dan "We are all Safwan Anang" telah ditubuhkan di Facebook, meraih sokongan puluhan ribu warga internet.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template