Saturday, December 3, 2011

Video: Babi berjalan dengan dua kaki

HHRS 2.0 - Dilahirkan tanpa dua kaki belakang, seekor babi berjaya berjalan hanya dengan dua kaki depannya. Babi itu hidup dengan pemiliknya, seorang petani di Wilayah Anhui, China.

Menurut pemiliknya, Ge Xinping, babi yang lahir pada Julai lalu itu mempunyai peluang hidup yang tipis. Namun, dia berjaya merawatnya hingga sihat. Dia bahkan kemudian melatih babinya berjalan dengan dua kaki depan. Babi itu sekarang beratnya 30 kilogram.

Kini, babi yang tidak diberi nama itu sudah boleh melatih keseimbangan badannya dan boleh berjalan tanpa bantuan. "Warga desa di sini suka melihatnya kerana dia boleh berjalan seperti seorang gimnas," kata Ge Xinping.

Itu bukan "prestasi" pertama seorang petani China dalam melatih seekor anak babi untuk berjalan tanpa dua kaki belakang.

Tahun lalu, seekor babi yang dinamakan Zhu Jianqiang di Wilayah Henan juga boleh berjalan dengan kaki depan seperti seorang pemain akrobat. Nama Zhu Jianqiang sendiri bermaksud babi berkemahuan keras. Diterjemah dari kompas
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

2 comments:

Tipah Ghompang on December 3, 2011 at 8:22 PM said...

Salam...moh le dtg..

Anonymous said...

Brother.Anuwar.Bin.Ibrahim(B.A.B.I.) pun jalan 2 kaki apa bezanya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template