Monday, December 5, 2011

Tiga angkasawan Rusia mengundi di angkasa

MOSCOW 5 Dis. - Angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov, 32, dan Anatoly Ivanishin, 42, membuang undi bagi pilihan raya Parlimen Rusia dari angkasa semalam, lapor agensi berita Interfax.

Dua orang krew Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu membuang undi pada altitud 350 kilometer dari Bumi menggunakan talian ke pusat kawalan misi di Moscow.

Mereka berada di orbit sejak November dan dijangka akan pulang ke Bumi pada bulan Mac tahun depan. - dpa
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

Rakyat Malaysia yang berada di bumi di luar dari Malaysia dihalang untuk mengundi. Mengapa? gambar di bawah adalah jawapannya.

Dangkal: Halang rakyat di luar negara mengundi
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 NOV: PAS hari ini menempelak MCA dan menyifatkan cadangan parti itu untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum sebagai dangkal dan cetek pemikiran.

“Kalaulah atas alasan mereka tidak mendapat maklumat sebenar, maka apa beza dengan masyarakat pedalaman yang hanya mendapat maklumat sehala dari media perdana sahaja. lanjut...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template