Saturday, December 24, 2011

Tiga aktivis wanita ditinggalkan dalam berkeadaan bogel di dalam hutan

HHRS 2.0 - Polis meninggalkan tiga aktivis Ukraine yang memperjuangkan hak wanita debgan telanjang di dalam sebuah hutan selepas mereka terlibat dalam aksi protes topless (telanjang dada). Demikian dikatakan oleh kumpulan hak wanita Femen di mana ketiga perempuan itu bernaung, seperti diberitakan dalam  Daily Mail.

Ketiga perempuan itu mengadakan protes di ibu kota Belarus, Minsk, ketika mereka ditangkap, ditutup matanya, lalu dibuang ke hutan. Mereka dilumuri minyak dan dipaksa telanjang, kata kumpulan pejuang hak wanita tersebut. Mereka kemudian diancam akan dibakar dan rambut mereka dipotong dengan pisau.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Mimpi buruk mereka itu dirakam. Perempuan-perempuan itu kemudian dibiarkan telanjang di hutan, tanpa dokumen. Menurut laporan BBC, mereka keluar berjalan kaki ke sebuah bandar kecil yang terdekat untuk mencari perlindungan.

Para perempuan itu memprotes bagi peringatan satu tahun terpilihnya semula Presiden Alexander Lukashenko di mana proses pemilihannya dipertikaikan. Kumpulan itu menggelar protes topless. Menurut laman web mereka, aksi tersebut bertujuan "menyatukan perempuan muda berdasarkan prinsip-prinsip kesedaran sosial dan aktivisme, pembangunan intelektual dan budaya."

Kedutaan Ukraine di Minsk menolak untuk mengesahkan tuntutan Femen itu. Namun, pihak kedutaan mengatakan kepada BBC bahawa seorang diplomat akan menyiasat dakwaan itu.

Seorang jurucakap bahagian keselamatan Belarus enggan mengulas, tetapi mengatakan, perilaku para perempuan itu merupakan sebuah "provokasi". Mereka menuntut kebebasan bagi para tahanan politik.

Aksi mereka mencetuskan aksi lain dalam kontroversi seputar perlakuan rejim Ukraine terhadap pembangkang. Sekurang-kurangnya enam wartawan telah ditangkap kerana membuat liputan aksi protes, sesuatu yang merupakan hal yang biasa di negara itu, lapor agensi berita AFP. Bahkan, bulan Disember 2010, pihak berkuasa tempatan bertindak terhadap protes yang menentang penipuan dalam pilihanraya umum. Banyak kumpulan pemantau antarabangsa mengatakan, pungutan suara itu yang dimenangi Lukashenko dengan kejayaan 80 peratus yang sangat tidak adil. Diterjemah dari kompas

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template