Wednesday, December 14, 2011

Sumbang kasut emas kepada Palestin, Christiano Ronaldo dikecam Yahudi

Sumbang Sepatu Emas ke Palestina, Ronaldo Dikecam Yahudi
HHRS 2.0 - Christiano Ronaldo, bintang berasal dari Portugal yang ketika ini bermain untuk Real Madrid, memberikan kasut emasnya kepada lembaga amal kelabnya dalam rangka membantu anak-anak Palestin.

Qodsna, mengkhabarkan, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1.4 juta euro. Wang hasil lelong itu akan digunakan untuk membina sekolah bagi kanak-kanak di Semenanjung Gaza.

Ronaldo yang pernah menjadi pemain terbaik dunia pada 2008 itu, sebelum ini ketika masih bermain untuk Manchester United, dalam sebuah acara mengenakan kafiyeh Palestin dan dia mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Akan tetapi media massa England menyebut aksi Ronaldo itu menunjukkan kepedulian dan solidaritinya terhadap krisis Palestin dan warga Gaza.

Lahir di Funchal, Madeira, Portugal, 5 Februari 1985, Christiano merupakan seorang pemain bola sepak Portugal. Dia boleh berposisi sebagai bermain sebagai sayap kiri atau kanan serta penyerang tengah. Ketika ini dia bermain untuk pasukan Sepanyol, Real Madrid dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Sebelum bermain untuk Real Madrid, dia pernah bermain di Sporting Lisbon dan Manchester United.

Pernah bermain untuk Sporting Lisbon pada 2001-2003, dia bermain 25 kali dengan 3 gol. Ketika di Manchester United dia bermain 196 kali dan menghasilkan  84 gol.

Pada 1 Julai 2009, dia pindah ke Real Madrid, kelabnya ketika ini, dengan memecahkan rekod pemindahan sebanyak 80 juta, yang menjadikannya sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak.

5 comments:

Anonymous said...

malu pulak rasanya..ronaldo bukan Islam dan seorang kaki perempuan mempunyai sumbangan yg besar kepada Umat Islam Palestin..berbanding aku Islam tetapi tidak ada sumbangan kepada saudara sendiri di Palestin..semoga Alah Taala kurniakan Taufik dan Hidayahnya kepada Cristiano Ronaldo..

Anonymous said...

aku pulak sebaliknya.... malu jugak rasanya..ronaldo bukan Islam dan seorang kaki perempuan mempunyai sumbangan yg besar kepada Umat Islam Palestin..berbanding aku Islam tetapi tidak ada sumbangan kepada saudara sendiri di Palestin..semoga Allah Ta'ala kurniakan daku harta melimpah ruah macam Ronaldo untuk aku berbakti di jalan Allah...

Anonymous said...

respek giler kat ronaldo.seriously sebelum ni aku menyampah giler kat ronaldo.tapi bila tengok keprihatinan ronaldo jadi kagum ngan dia.dia tak pedulik cemuhan daripada raja dunia(yahudi).masa aceh kena tsunami pun dia ada bagi sumbangan pada aceh.Ya Allah engkau kurniakan nikmat Iman dan Islam kepada Cristiano Ronaldo dan orang orang yang bersifat mulia seperti dia.

Anonymous said...

pi mampus si yahudi laknatullah tu....suka atilah CR nak derma ke tak...korang bukan kasian..korang kerjakan lagi org palestin....

Anonymous said...

kagum ngan ronaldo..separuh pendapatan ronaldo ditaja daripada syarikat yahudi seperti Pepsi dan Electronic Arts..tapi dia tak pedulik kemungkinan pendapatan dia akan terjejas kerana membantu musuh yahudi iaitu Palestin..berbanding pak2 menteri Malaysia yg menjilat kaki yahudi semata mata untuk kesenangan dunia.Semoga Allah Taala kurniakan HidayahNYA kepada C.Ronaldo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template