Wednesday, December 7, 2011

SOALAN KHALWAT ADUN KIJAL DI TOLAK

BO - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu sepatutnya memanfaatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) yang sedang berlangsung bagi menjelaskan perkara-perkara yang menjadi persoalan di kalangan rakyat.

Ia merupakan medan terbaik memandangkan Dewan Undangan Negeri dianggap sebagai sebuah dewan yang mulia.

Setiap soalan yang dibawa oleh wakil-wakil rakyat merupakan suara rakyat yang sepatutnya tidak diabaikan oleh kerajaan.

Malangnya, hampir keseluruhan soalan-soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat PAS ditolak tanpa sebarang alas an yang munasabah.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, kesemua lima soalan bertulisnya telah ditolak speaker Dewan undangan Negeri

“Soalan bertulis saya semuanya ditolak,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline pada Selasa, 6 Disember.

Menurutnya , antara soalan bertulis yang beliau ajukan adalah berkenaan kemusykilan orang ramai tentang berita ADUN Kijal yang juga Menteri Besar Terengganu telah ditangkap ‘khalwat’.

“Ada satu soalan saya tanya, sejauhmana kebenaran dakwaan yang ditulis oleh blogger yang menyatakan wakil Kijal ditangkap khalwat tu, yang tu pun kena tolak,”jelasnya.

Beliau berkata, sekiranya perkara tersebut tidak benar, kerajaan hanya perlu mnyatakan bahawa ia tidak betul dan tidak perlu speaker dewan menolak soalan tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template