Saturday, December 10, 2011

Seorang model dengan tanpa pakaiaan memilih hidup bersama babi

HHRS 2.0 - Miru Kim adalah seorang model fotografi yang selalu kelihatan bogel tanpa pakaian. Meski pun mengaku seorang yang pemalu dan sederhana, Miru Kim sangat mencintai pekerjaannya dalam bidang seni fotografi. Kim adalah seorang objek fotografi dengan latar belakang tempat-tempat unik dan istimewa. Dalam setiap gambar-gambar yang diabadikan, Kim tampil bogel tanpa pakaian.

Meskipun mendapat pelbagai kecaman dan kritikan, namun pekerjaan Kim ini mendapatkan reputasi dunia sebagai seorang seniman provokatif yang dikagumi oleh para ahli seni.

Miru Kim adalah seorang bekas pelajar perubatan dari New York. Dia sangat mencintai pekerjaannya yang boleh membawanya pergi ke tempat-tempat pelik seperti kilang lama yang telah ditinggalkan, terowong, jambatan dan gambar-gambar struktur di pelbagai negara. Walaupun begitu dia harus mendapatkan keizinan untuk menanggalkan seluruh pakaiannya di tempat-tempat yang ada kalanya tidak biasa dan berbahaya. Ketika ini Kim ditayangkan di sebuah bilik galleri di Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan berbogel dan bercakap-cakap bersama babi.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Kim dikhabarkan tidur, makan di samping babi-babi itu dalam masa empat hari di kandang yang terletak di hadapan galeri Art Basel Miami, para tetamu juga boleh menyaksikan Kim yang sedang berbaring telanjang bersama babi. Hidup di tempat kotor seperti itu konon khabarnya menjadi hal yang sukar bagi perempuan berusia 30 tahun ini.

"Persekitaran ini sangat berbau, namun babi adalah haiwan yang pintar dan juga sensitif. Kulit dan anatomi mereka juga mirip seperti manusia. Ketika saya bergaul dengan babi, saya merasakan ada hubungan yang cukup erat, "ujar Kim, seperti dilaporkan Huffington Post.

Menurut Kim yang merupakan anak perempuan dari seorang ahli falsafah, dirinya memperolehi kemasyhuran dari profesinya yang selalu menjadi model bogel. Kim sebelumnya juga sempat difoto dalam keadaan berbogel di kilang, terowong, dan juga jambatan. Kim juga mengatakan, pekerjaannya akan membantu dirinya menghadapi ketakutan, seperti takut akan gelap, takut akan aktiviti berbahaya, dan juga takut akan segala benda kotor.

Meski mendapat pelbagai kecaman dan kritikan, namun pekerjaan Kim ini mendapatkan reputasi dunia, sebagai seorang seniman provokatif yang dikagumi oleh para ahli seni. Kim yang mula bergambar tanpa pakaian sejak tahun 2004 itu, kini mengaku sudah terbiasa menjalani aktivitinya, meski pada awalnya dia sangat gugup tampil secara bogel di depan kamera.

3 comments:

Anonymous said...

B.A.B.I. (brother anuwar bin ibrahim) masih bersama YB Dr.Wan azizah lagi ke?

Anonymous said...

ehhh gila babi ke yg tukang komen kat atas tuu

insan said...

orang tak solat akan dibangkitkan seperti babi. ooiiii jgn kata babi pada orang , kerana tulisan kau itu dicatat oleh malaikat dan akan dibaca di depan Allah di Mahsyar nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template