Friday, December 2, 2011

Sekolah seks dengan latihan praktikal

HHRS 2.0 - Ketika sebahagian besar orang menganggap urusan seks sebagai hal yang peribadi dan sebaiknya dibincang di tempat tertutup tetapi sebaliknya berlaku dimana Seorang perempuan Sweden membuka sebuah sekolah seks di Vienna, Austria, seperti dilaporkan Dailymail, Rabu (30/11/2011).

Ylva-Maria Thompson, seorang seniman dan bekas pengacara sebuah program erotika televisyen mendirikan Austrian International Sex School di Vienna. Thompson sendiri yang menjadi ketua sekolahnya.

Ditegaskan oleh Thompson, had usia untuk masuk sekolah itu adalah 16 tahun dan wang sekolahnya sebanyak 1,400 pound sterling untuk satu semester. Para pelajar nantinya akan tinggal di asrama yang tidak memisahkan jantina.

Seperti sekolah pada umumnya, pada akhir semesta, masing-masing akan menerima ijazah.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Pendidikan kami bukan teori, tetapi sangat praktikal. Penekanan adalah bagaimana cara menjadi pencinta yang baik," kata beliau.

Ilmu yang diajarkan, kata Thompson, termasuk "posisi seks, teknik membelai, dan ilmu anatomi."

Jurucakap sekolah itu, Melodi Kirsch, menambah, "Kami yakin sekali sekolah ini akan berjaya."

"Ylva-Maria Thompson bekerja cukup lama untuk mewujudkan idea ini, dan dia mendapat banyak dorongan," kata Kirsch.

Di Austria, kewujudan sekolah itu menimbulkan isu. Lebih-lebih lagi, iklannya cukup panas kerana menunjukkan adegan pasangan yang sedang bercinta. Iklan ini pun akhirnya diharamkan dari televisyen Austria.

Salah seorang penentangnya berpendapat, "Iklan itu memang dihasilkan dengan penuh cita rasa, tetapi tetap saja yang dijual adalah seks." Diterjemah dari dailymail.co.uk

2 comments:

afqh on December 2, 2011 at 6:37 PM said...

harap2 pemimpin di sana kuat pegangan agama terutama islam

Anonymous said...

Anuwar training by Cinadoll tapi takot bersumpah dengan nama Allah SWT dan takot saman ESKAY kenapa ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template