Saturday, December 24, 2011

Ribuan Yahudi Iran di selamatkan oleh seorang muslim

Sardari
Abdol-Hoosein Sardari
HHRS 2.0 - Ribuan warga Yahudi Iran dan keturunan mereka terhutang budi kepada seorang diplomat Muslim pada masa perang di Perancis, menurut satu sumber dari sebuah buku baru.

Buku The Lion 's Shadow (Bayang-bayang singa) mengangkat cerita Abdol-Hoosein Sardari yang mempertaruhkan hidupnya untuk membantu rakyat Iran Yahudi menyelamatkan diri dari Nazi.


Eliane Senahi Cohanim berusia tujuh tahun ketika dia melarikan diri dari Perancis dengan keluarganya.

Cohanim mengatakan dia masih ingat memegang bonekanya dan berpura-pura tidur pada ketika kereta yang mereka tumpang berhenti di pusat pemeriksaan Nazi.

"Saya ingat semasa kami melarikan diri, mereka menanyakan pasport saya dan saya ingat ayah saya akan menyerahkan pasport dan mereka akan memandang kami. Menakutkan, sangat, sangat menakutkan," katanya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Cohanim dan keluarganya merupakan sebahagian daripada komuniti kecil Yahudi Iran yang tinggal di sekitar Paris.

Ayahnya, George Senahi, adalah peniaga tekstil dan keluarganya tinggal di rumah besar di Montmorency, kira-kira 25 km di utara ibu kota Paris.

'Gementar'

Ketika Nazi menyerbu, keluarga Senahi berjaya melarikan diri ke Tehran, dan untuk sementara waktu bersembunyi di Perancis sebelum dipaksa kembali ke Paris yang ketika itu telah dikuasai Gestapo.

"Saya masih ingat sikap mereka. Cara mereka berjalan dengan but hitam. Melihat mereka sahaja sudah menakutkan bagi seorang kanak-kanak," kenang Puan Cohanim,ditemuramah dari rumahnya di California, Amerika Syarikat.

Abdol-Hossein Sardari memberikan pasport keluarga Senahi agar dapat keluar dari dari kawasan Eropah yang diduduki Nazi.

Perjalanan untuk melarikan diri ini sekitar satu bulan. "Di sempadan, ayah saya selalu gementar," katanya lagi.

Puan Cohanim yang kini berusia 78 tahun dan tinggal bersama suaminya Nasser Cohanim, sedar siapa yang membantu mereka.

"Saya ingat, ayah saya selalu mengatakan bahawa kami dapat menyelamatkan diri kerana Sardari."

"Pakcik dan makcik saya serta datuk nenek tinggal di Paris. Mereka selamat kerana Sardari."

Beliau berkata, "Saya rasa dia seperti Schindler pada semasa itu kerana membantu warga Yahudi di Paris." Diterjemah dari BBC


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template