Sunday, December 4, 2011

Perniagaan alat bunuh diri yang menguntungkan dijalankan oleh nenek berusia 93 tahun

Nenek 93 Tahun di California Jual Alat Bunuh Diri
HHRS 2.0 - Seorang nenek berusia 93 tahun di California, Amerika Syarikat (AS) menjalankan perniagaan jualan alat untuk bunuh diri selama 20 tahun. Satu peranti alat tersebut berharga US $ 60.

Sharlotte Hydorn yang merupakan pesara guru sains ini, tentu mendapat beratus-ratus ribu dollar AS atau setara dengan berjuta-juta ringgit dari perniagaan tersebut. Tapi akhirnya perniagaan kontroversi itu harus ditamatkan, kerana Polis menuduhnya mengelak membayar cukai dan dia harus diadili.

Seperti diberitakan oleh Reuters, Sabtu (3/12/2011), Hydorn dituduh mengelak membayar cukai sebanyak puluhan ribu dollar AS sepanjang tahun 2007 hingga 2010. Sepanjang 4 tahun tersebut, Hydron tidak pernah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan persekutuan AS.

Satu peranti alat bunuh diri yang dijual Hydorn dihargai US $ 60, termasuk kos penghantaran serta buku arahan. Satu peranti terdiri daripada sebuah tudung kepala plastik yang tertutup di bahagian leher dan terdapat hos yang boleh disambung dengan tabung gas helium atau gas berbahaya yang lain, sehingga si pengguna alat boleh mengalirkan sendiri gas tersebut. Alat-alat tersebut diberi label gladd yang merupakan singkatan dari Glorious Life and Dignified Death.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Dalam persidangan, pendakwa menyebutkan bahawa selama 4 tahun tersebut, Hydorn berjaya menjual 1,300 peranti bunuh diri. Jika dijumlahkan, maka pendapatan yang didapati Hydorn selama 4 tahun tersebut mencapai US $ 78 ribu!

Selama itu, Hydorn mengelak membayar cukai sebanyak US $ 15 ribu hingga US $ 30 ribu. Hydorn telah mengaku bersalah kerana dia tidak membayar cukai pendapatan selama 2007 hingga 2010 dan sanggup untuk membayar cukai tersebut.

Dia juga bersetuju untuk berhenti membuat dan menjual alat-alat tersebut. Tetapi dia mengatakan, bahawa peralatan yang dijualnya tersebut dimaksudkan membantu orang-orang yang sakit parah dan tenat untuk mengakhiri hidup mereka dengan penuh martabat.

Atas tuduhan mengelak untuk membayar cukai ini, Hydorn mungkin akan dihukuman 1 tahun penjara dan denda US $ 100 ribu. Kini Hydorn tidak ditahan kerana membayar jaminan US $ 10 ribu. Tuduhan terhadapnya akan dibacakan pada Februari akan datang. Diterjemah dari fiqhislam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template