Thursday, December 8, 2011

PERLAKSANAAN ENAKMEN SYARIAH; AHMAD BOHONG ATAU TAK TAHU?

BO - PAS menganggap kenyataan Menteri Besar Terengganu tetang perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebagai dangkal dan diluar dari kebenaran.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah membidas Dato’ Seri Ahmad Said dengan menyifatkan ADUN Kijal itu samada telah berbohong kepada seluruh rakyat atau tidak mengetahui maklumat yang sebenarnya.

“Tarikh Persetujuan DiRaja adalah pada 2 September 2002, Tarikh disiarkan dalam Warta adalah pada 25 September 2003 dan Tarikh mula berkuatkuasa adalah pada 27 Oktober 2003 berdasarkan kepada pekeliling [Tr. P.U. 10/2003],

“jadi tidak benar bila MB kata kerajaan PAS Terengganu ada masa 3 tahun untuk melaksanakan Enakmen tersebut,”jelasnya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad dalam yang disiarkan agensi Bernama pada Selasa 6 Disember.

Menurut Wan Sukairi, kenyataan Ahmad itu mungkin disebabkan oleh ‘salah nasihat’ oleh para penasihat yang dilantik oleh beliau.

“Itulah mungkin sebab dia ambil nasihat dari penasihat yang tak betul, dia lantik penasihat bukan orang Terengganu, mungkin tak tahu sejarah dan fakta-fakta berkaitan negeri Terengganu,”tegasnya.

Oleh itu, Wan Sukairi yang juga Setiausaha PAS Kuala Terengganu meminta seluruh rakyat Terengganu menilai kenyataan Menteri Besar yang juga Pengerusi Umno Teregganu, yang sebelum ini terlalu banyak berjanji tetapi tidak ditepati.

Pas Tidak Ikhlas Perkenalkan Hudud - Ahmad Said

KUALA TFERENGGANU, 6 Dis (Bernama) -- Parti PAS sebenarnya tidak ikhlas dalam memperkenalkan hukum hudud kerana ia semata-mata bertujuan dijadikan wadah politik parti itu untuk memenangi hati rakyat, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata hukum hudud sering dijadikan isu semasa pilihan raya dan kini ia dibangkitkan kembali kerana pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hampir tiba.

"Kita lihat negeri Kelantan yang sudah lama diperintah PAS, kenapa tak dilaksanakan hukum itu kalau mereka betul-betul berkemampuan dan berkebolehan? Jalankanlah hukum itu di sana," katanya kepada pemberita semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhenti rehat.

Ahmad berkata demikian ketika mengulas soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang) yang ingin tahu bilakah kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebagaimana yang telah diwartakan pada 2002.

Ahmad, yang juga ADUN Kijal, berkata PAS tidak ikhlas kerana parti itu tahu perkara itu sukar dilaksanakan.

"Mereka (PAS) luluskan enakmen itu pada 2001 di Terengganu dan mereka ada masa tiga tahun untuk laksana, kenapa tak buat? Di Kelantan hampir 10 tahun enakmen itu diluluskan, tapi tak dilaksanakan juga," katanya.-- BERNAMA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template