Monday, December 12, 2011

Pengguna jalan raya terhimpit; jalan pantai ditutup akibat hakisan

BO - Keadaan lalulintas di bandar Dungun kini benar-benar membimbangkan penduduk apabila jalan besar bandar ini yang 'berterusan' dalam pembinaan sejak beberapa tahun lalu.

Kebimbangan mereka bertambah, apabila jalan pantai yang menghubungkan Sura Hujung dengan Kuala Dungun ditutup kepada lalu lintas kerana hampir putus akibat hakisan.

Tinjauan Buletinonline mendapati kawasan pantai Teluk Lipat terus dilalui oleh kenderaan ringan walaupun ia sudah dihalang dan diletakkan tanda amaran.

Namun, oleh kerana jalan besar yang teruk dan berlubang-lubang mereka mengambil risiko melalui jalan pantai, walaupun ombak ganas musim tengkujuh sedang menghakis jalan itu.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template