Wednesday, December 7, 2011

Orang Umno yang kelaparan, termasuk Raja Nong Chik mula mengerumuni Shahrizat


Orang Umno yang kelaparan, termasuk Raja Nong Chik mula mengerumuni Shahrizat
MC - Perlahan-lahan tetapi pasti, mereka yang kelaparan dalam Umno sedang mengerumuni Ketua Wanita, Shahrizat Jalil dan berkemungkinan besar, beliau akan diminta untuk meletak jawatan tidak lama selepas gagal melenyapkan api skandal NFC yang bernilai RM250 juta itu.
Pada mulanya, pemimpin Umno yang diketuai Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin telah melancarkan agenda mempertahankan beliau selepas skandal itu dibongkar oleh PKR. Keluarga beliau dikatakan menggunakan dana kewangan projek tersebut untuk membeli 2 unit kondo di Bangsar, sebuah kereta Mercedes mewah CLS350 CGI, tanah bernilai 3 juta di Putrajaya dan memberi diskaun berjuta ringgit kepada firma yang dimiliki keluarganya.
Sekarang, secara senyap-senyap, sebuah barisan telah dibentuk dan meminta beliau meletak jawatan daripada parti dan jawatan dalam kerajaan supaya tidak menarik Umno dalam skandal itu. Terdapat juga beberapa orang penting yang menyuarakan dengan lantang mengenai itu dan terbaru, Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik juga telah meminta kepimpinan Umno untuk menentukan nasib Shahrizat dan tidak membiarkan beliau mengekalkan jawatan.
“Biarkan kepimpinan tinggi yang memutuskan mengenai jawatan beliau,” beritahu Nong Chik kepada pemberita pada hari Selasa , tetapi menegaskan siasatan harus diselesaikan terlebih dahulu.
Calon Umno di Lembah Pantai pasti kalah
Menteri Wilayah Persekutuan itu dikatakan terkesan dengan kejatuhan Shahrizat kerana beliau yang akan bertanding melawan Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai yang merupakan kubu kuat Shahrizat sebelum beliau tewas pada piliharaya 2008.
Kritik mengatakan bahawa peluang untuk Raja Nong Chik menang adalah sangat tipis sekiranya Shahrizat kekal dengan semua jawatan tanpa mengambil kira perasaan orang awam terhadap NFC.
“Terdapat kemarahan yang ketara terhadap Shahrizat kerana Najib dan rakan-rakannya seperti tidak ambil peduli tentang kesalahan yang dilakukan beliau. Ini adalah tindakan paling bodoh Umno terutamanya apabila indeks rasuah juga menjunam.” Beritahu pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.
“Mereka cuba menyelamatkan maruah mereka tetapi adakah ia berbaloi? Sebaiknya, mereka menjauhkan diri daripada Shahrizat dari mula sehinggalah dapat dibuktikan beliau tidak bersalah. Tetapi mereka semuanya ada bahagian dalam perkara ini. Khairy yang memberikan projek itu kepada keluarga Shahrizat, Muhyiddin merupakan Menteri Pertanian ketika itu yang meluluskan projek itu dan Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri yang mengawasi perkara tersebut.”
Rekod rasuah paling buruk dibawah Najib
Beliau merujuk kepada Indeks Persepsi Rasuah daripada TransparencyInternational di mana Malaysia yang berada di tangga ke 37 pada tahun 2003 telah jatuh ke tangga 60 dan ini merupakan yang terburuk dicapai semenjak 3 tahun berturut-turut.
PM Najib Razak yang mengambil alih daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009 telah mengenepikan perkara ini tetapi ada juga yang menggesa beliau untuk bertanggungjawab ke atas kejatuhan indeks tersebut yang akan semestinya memberi kesan kepada pelaburan di Malaysia.
“Adalah sangat mengejutkan yang tidak seorang pun Najib atau Muhyiddin memberi maklumbalas terhadap laporan antarabangsa terburuk yang pernah kita dapat semejak 32 bulan pemerintahan Najib,” penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dalam kenyataan yang dibuat beliau.
“Dan tidak seorang pun pemimpin Umno atau delegasi di perhimpunan agung Umno itu menyuarakan kebimbangan mengenai rasuah atau indeks tersebut. Mereka Cuma menyatakan sokongan terhadap Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal NFC beliau yang berjumlah RM300 juta itu!”
Mereka yang bersuara dan mereka yang berdiam diri
Secara senyap-senyap, ada di antara delegasi wanita yang menyuarakan ketidakpuasan hati atas pertunjukkan yang dibuat oleh penyokong Shahrizat. Suami dan anak-anak beliau telah dianugerahkan projek itu pada tahun 2006 dan Shahrizat menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dengan NFC. “Itu keluarga saya” kata beliau.
Tindakan polis yang menyoal keluarganya dan bukan dia juga telah dengan pantas menyatakan bahawa siasatan tidak menunjukkan sebarang elemen pecah amanah walaupun perkara seperti penyalahgunaan kuasa dan membuat keputusan diluar bidang kuasa. Polis sememangnya dikenali berada dibawah telunjuk Umno.
“Siapa kenal beliau dari Adam?” seorang delegasi Umno memberitahu Malaysian Insider merujuk kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail yang telah mendapat kontrak bernilai RM250 juta dalam penternakan lembu NFC.
“Tolonglah.. mereka pasti faham. Itu suami kamu jadi bagaimana kamu boleh cakap yang ia tiada kena mengena dengan kamu. Kalau kamu bukan menteri, agaknya boleh tak suami kamu dapat projek itu?”
Pada hari Isnin, Bung telah sekali lagi membuat kenyataan meminta Shahrizat meletak jawatan.
“Sekiranya ada sedikit keretakan dalam Umno, ia dapat melumpuhkan dan menghuru-harakan parti dalam pilihanraya
. Sama ada tindakan saya ini dilihat sebagai kepentingan diri, ia terpulang kepada orang ramai untuk menilai,”kata Bung Mokhtar.

“Saya tidak mengharapkan pandangan saya ini akan dipersetujui oleh semua dalam parti. Semua orang mempunyai pandangan yang berbeza jadi akan ada maklumbalas, tetapi saya telah ucapkan apa yang saya mahu ucapkan.”
Mereka yang berdiam diri dalam isu ini termasuklah parti komponen BN iaitu MCA,
Gerakan dan Perkasa yang takut akan berbeza pendapat dengan Umno sekiranya mereka bersuara.
Tetapi, dengan berdiam diri, Malaysia tidak akan dapat lepas daripada sumpahan rasuah kata pengkritik.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template