Tuesday, December 6, 2011

Nilai Safiq cecah 1.4 juta

Nilai Safiq cecah 1.4 juta
SH - MESKIPUN Safiq Rahim masih belum memulakan tempoh percubaannya di Queens Park Rangers (QPR), pemain tengah Selangor itu dianggarkan bernilai RM1.4 juta sekiranya berjaya menandatangani perjanjian dengan pasukan The Hoops itu.

Menurut laporan laman sesawang eyefootbal.com, kelab QPR itu dilihat mahu membuat kejutan dengan memasuki pasaran bola sepak Asia apabila menunjukkan minat mendapatkan khidmat kapten skuad Malaysia yang terkenal dengan ketajaman permainannya, terutama ketika berjaya menjaringkan gol hasil sepakan percuma ketika bertemu Liverpool, Julai lalu.

Pengerusi dan pemilik QPR, Tony Fernandes sebelum ini dilaporkan ingin meningkatkan nilai komersial kelab tersebut dengan membawa masuk pemain dari rantau Asia.

Safiq yang kini sedang menjalani ujian percubaan selama tiga minggu bersama kelab Cardiff City, merupakan pemain kedua Malaysia selain Safee Sali yang berjaya menjalani ujian bersama kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Seperti diketahui umum, amat sukar untuk pemain Malaysia atau Asia Tenggara menembusi pasaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

Biarpun laporan itu lebih bersifat khabar angin, namun ia sekurang-kurangnya membakar semangat pemain negara untuk beraksi di liga luar negara bagi meningkatkan mutu permainan demi kebaikan pasukan kebangsaan khususnya yang kini sudah mula menunjukkan kebangkitan sejak kebelakangan ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template