Wednesday, December 28, 2011

Motor cabok berkarat ini berharga 250 ribu ringgit, perh!

foto
HHRS 2.0 - Sekali pandang motor ini seperti barang rongsokan. Tapi siapa sangka motor yang sudah berkarat tersebut adalah bernilai 50 ribu pounds (kira-kira RM250k) jika dilelong.

Motor baheula tersebut adalah buatan Indian Camelback keluaran 1906 atau salah satu mesin motor pertama yang pernah dibina. Tidak hairan jika motor ini menjadi buruan para pengumpul barang lama.

Motor tersebut hanya dihasilkan 1698. Kerana keadaannya yang masih asli, tidak mengejutkan jika motor tersebut boleh dijual dengan harga 50 ribu pound.

Motor ini mempunyai silinder tunggal dengan kelajuan maksimum 30 mph atau 50 kilometer sejam. Para pengumpul motor lama tersebut bukan kerana kelajuannya, melainkan kerana antik.

Motor itu dimiliki oleh keluarga du Pont yang membelinya dari Indian Motorcycle Manufacturing Company. Motor tersebut kali terakhir berada di jalan raya pada tahun 1970-an.

Siapa pun yang membeli mesin antik ini kemungkinan perlu mengeluarkan sedikit kos agar motor tersebut boleh berfungsi. Namun, usaha pemulihan motor ini dianggarkan boleh mengurangkan nilainya.

Indian Camelback merupakan musuh Harley Davidson. Akan tetapi, syarikat yang membuat Indian Camelback, Indian Motorcycle Manufacturing Company, muflis pada 1953.

Motor ini mempunyai sistem brek yang unik. Untuk menghentikan motor tersebut, diperlukan kasut dengan paku di bawahnya.

Motor tersebut bakal dilelong di Bonhams di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 12 Januari 2012. Ben Walker dari Bonhams mengatakan, "Motor ini banyak diminati kerana keadaannya. Usaha untuk mengilap motor ini boleh menyebabkan harga jualan rendah. " Diterjemah dari Dailymail

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template