Sunday, December 25, 2011

Misteri bangsa yang tertutup di Korea Utara

HHRS 2.0 - Kematian Kim Jong Il membuat Korea Utara berduka. Mari kita lihat "bangsa yang serba tertutup" itu dari kacamata orang yang pernah berkunjung ke sana. Salah satunya dikisahkan oleh Brit Simon Cockerell, pekerja di sebuah biro perjalanan yang sudah lebih dari 100 kali keluar masuk Korea Utara, dan pernah menetap di Beijing, China.

Ketika pertama Cockerell melawat Korea Utara, dia mendapat rasa betapa bersihnya negeri itu. Tidak ada pencemaran udara di Pyongyang. Ini amat berbeza dengan Beijing yang udaranya sangat kotor. Pyongyang juga tidak "dikotori" papan reklame dan lalu lintas tidak sibuk.

Salah satu peristiwa biasa di Pyongyang ialah kebiasaan mereka melakukan senaman aerobik di pagi hari dengan rakan satu "unit kerja". Pada masa rehat makan tengahari, para pekerja juga mengisinya dengan merangkai sebuah jaring atau net, atau membuat garis di jalan untuk membentuk gelanggang bola tampar, demi mengisi waktu.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Bandar ini seperti kota mati sepanjang minggu. Hanya ada sedikit bar di Pyongyang, tetapi ditutup pada pukul 10.00 malam. Tidak ada pesta di bandar ini. Ini sebuah kenyataan pelik kerana bandar ini dihuni oleh kira-kira 3 juta orang," kata Cockerell di laman CNN .

Dia telah melawat Korea Utara lebih daripada 100 kali. "Tidak ada hiruk-pikuk keramaian. Segala sesuatunya berlangsung begitu singkat, sekitar lima minit. Biasanya, pada hari pertama anda akan mengatakan kepada diri anda sendiri, 'Gila, saya kini sedang berada di Korea Utara, ke mana pergi rakyatnya'?"

Korea Utara adalah masyarakat pekerja. Di sini, hari kerja berlangsung selama enam hari, dan anak-anak yang sering berada di sekolah. "Pada hujung minggu mungkin anda boleh melihat orang-orang bermain atau berada di taman," kata Cockerell.

"Ini sebuah negara yang sangat miskin. Orang tidak menghabiskan wang kerana tidak memilikinya, dan tidak ramai orang yang mampu membeli."

Cockerell bekerja di sebuah syarikat pelancongan, Koryo Group, yang berpusat di Koryo.

Nicholas Bonner, yang juga tinggal di Beijing, mendirikan syarikat yang menawarkan pelancongan bermula dari dua hari lawatan ke Pyongyang hingga 16 malam perjalanan di seluruh negeri.

Pelanggan syarikat pelancongan Koryo adalah pengembara dan pelancong yang baik. Ramai pelancong menikmati perjalanan mereka. Kadang kala anda boleh saja melihat seorang lelaki aneh kelihatan menyeberangi jalan yang mungkin mengesyaki anda. Boleh dikatakan mereka itu seperti perisik.

Tidak boleh bertanya

Apakah akan lebih tertarik jika berada di sana? Sungguh tidak ada hal yang boleh diketahui dengan pasti. Anda tidak boleh meminta pertolongan dari seseorang untuk mendapatkan jawapan soalan. Negeri ini penuh misteri.

Salah satu alasan mengapa hanya ada sedikit kereta di Pyongyang tidak lain kerana sukar untuk mendapatkan bahan bakar. BBM import sangat mahal.

Bersenang-senang, minum minuman keras, dan menari tidak dilarang, tetapi kebanyakan orang lebih suka menghabiskan masa mereka di rumah dengan rakan-rakan dan keluarga. Berkurangnya pencemaran tidak bererti ada komitmen kuat kerajaan untuk menetapkan kualiti udara.

"Meskipun demikian, tidak bererti tidak ada kegiatan industri di sini, atau bukan sedang berlaku kesulitan ekonomi," kata Cockerell.

Dalam beberapa tahun terakhir, Cockerell melihat peniaga China menjual pakaian. "Pakaian dijual murah, modelnya sangat terhad. Hanya sedikit orang yang menggunakan telefon bimbit," katanya.

Menurut Cockerell, para pelancong tidak boleh membawa telefon bimbit ketika masuk ke negeri itu, tetapi akan mendapatkannya kembali ketika meninggalkan negeri itu. Akan tetapi, iPad, komputer, dan peranti digital seperti membaca, dibenarkan. Keadaan ini sudah berlangsung bertahun-tahun lamanya.

Koryo boleh membawa sekitar 1,500 pelancong asing ke Korea Utara, termasuk lawatan dua hari bernilai sekitar 700 euro. Ramai juga pelancong yang melakukan perjalanan selama 16 hari. Selama pelancongan yang panjang ini, Koryo menggunakan pesawat carter swasta untuk terbang ke pantai barat atau daerah destinasi pelancongan lain walaupun boleh juga menggunakan kereta api.

Sebahagian besar bangunan di Pyongyang direka berbentuk kotak dan rata. Bandar ini dihiasi dengan tugu-tugu gergasi aneh. Gambar pemimpin Kim Jong Il bertebaran di banyak tempat. Tidak ada agama yang disusun dengan baik di sini, dan hanya ada sedikit gereja di Pyongyang. "Saya yakin orang merasakan kehancuran yang luar biasa itu ketika ini," kata Cockerell. Diterjemah dari kompas

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template