Sunday, December 18, 2011

Mengejutkan! AS tidak ada bukti Osama Ladin telah terbunuh

HHRS 2.0 - Osama Ladin tewas pada 1 Mei lalu. Namun rupanya warga AS pun ada yang tidak puas hati dengan keterangan kerajaan AS terhadap kematian Osama Ladin. Redaktur laman gaya hidup Gizmodo, Sam Biddle, akhirnya cuba mengorek lebih jauh lagi perihal kematian Osama Ladin. Benarkah negara terlibat dan sejauh mana bukti-bukti yang ada.

Biddle menggunakan pusat Freedom of Information Act (FOIA). Dia meminta akses data kepada Dephan AS iaitu Pentagon berkenaan bukti-bukti lengkap yang menyatakan kerajaan AS terlibat atau mempunyai dokumen tentang kematian Osama Ladin. Kerajaan AS wajib menjelaskan secara terperiinci dengan permintaan yang diajukan oleh warga negaranya. Bahkan kalau tak puas hati dengan jawapannya, warga negara masih boleh mendesak Dephan untuk banding maklumat itu.

Apa hasilnya dari permintaan Biddle? Cukup mengejutkan. Ternyata kerajaan AS tidak memiliki sehelai dokumen pun, termasuk gambar dan atau video, atau klip video berkaitan perkuburan Osama Ladin di laut mahupun operasi itu.

William T Kammer, ketua bahagian Freedom on Information Direktorat Perkhidmatan Eksekutif Dephan AS, mengatakan pada Biddle bahawa dia tidak mencari satu bukti pun Osama Ladin terbunuh! Kammer meminta maklumat ini daripada beberapa pihak di dalam Dephan AS. Pertama, dia meminta daripaOffice of the Chairman of the Joint Chief Staff (OCJC). "Kami telusuri ke Direktorat Operasi Global yang biasanya menyimpan seluruh dokumen berkenaan operasi, kami mencari hard copy mahupun data elektronik. Tapi tidak ada catatan satu pun tentang itu. Kami juga mencari data dari e-mel Ketua Joint Chiefs of Staff AS Admiral Mike Mullen, didapati tidak ada. Kami mencari dalam server mahupun hard disk lain, juga tidak ada rakaman berkenaan kematian Osama Ladin, "demikian Kammer. Pencarian itu dibatasi oleh jangka masa 1 Mei-31 Mei 2011.

Kammer cuba jalan lain. Dia ke US Special Operations Command (USSOCOM). Tugas komando ini adalah untuk menghancurkan setiap ancaman pengganas yang ada. Ertinya, setiap operasi khas yang melibatkan angkatan bersenjata AS, maka USSOCOM mengetahuinya. Hasilnya pun sama. "USSOCOM mencari dokumen di markas dan beberapa tempat lain, tidak ada rakaman apa-apa berkaitan permintaan anda berkaitan Osama Ladin. Kami mencari melalui sistem carian khusus mahupun hard copy dan data elektronik termasuk e-mel, tetap tidak ada!" kata Kammer.

Dua jalan buntu. Kammer cuba alternatif ketiga. Dengan andaian Osama Ladin, sesuai kenyataan AS bahawa dikubur di laut, maka USS Carl Vinson harusnya mengetahui operasi tersebut. Kammer meminta data ke USS Carl Vinson. Komando AL Armada Pasifik menegaskan tidak ada satu pun perajurit AS yang merakam, memfoto, pengebumian Osama Ladin ke laut. Kammer juga sempat menyemak sistem e-mel kapal induk tersebut, siapa tahu ada yang berbincang soal Osama Ladin, ternyata tidak ada satu pun yang diperolehi.

Kenyataan Dephan ini tentu menimbulkan tanda tanya. Kerana operasi khas membunuh Osama Ladin adalah operasi peringkat tertinggi.

"pelik, kalau tidak ada satu pun di tentera AS yang punya bukti Osama Ladin telah terbunuh, apakah dia benar-benar terbunuh? Atau bagaimana?" tanya Biddle dengan gusar. Diterjemah dari konspirasi

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

kayru1 on December 18, 2011 at 1:39 PM said...

Mungkinkah osama sudah lama mati.tapi sengaja AS merahsiakan berita tersebut bagi merelakan tentera AS melakukan jenayah atas nama perangi keganasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template