Friday, December 9, 2011

"Melayu jangan berpecah belah kerana kita tiada tempat untuk dituju selain Malaysia" kuang kuang kuang...

Tak habis2 menakutkan orang melayu. Lebih takut hilang kemelayuan dari hilang agama.

Berapa ramai orang melayu yang bekerja di luar negara?
Berapa ramai orang melayu berumah di luar negara?
Berapa ramai orang melayu beranak pinak di luar negara?
Berapa ramai orang melayu berjaya di luar negara?
Berapa ramai orang melayu tidak diberi hak mengundi berada di luar negara?

‘Melayu jangan berpecah belah’ - Yahya

SH - Melayu jangan berpecah belah kerana kita tiada tempat untuk dituju selain Malaysia.

Itulah kata-kata veteran Umno Ampang Tinggi, Yahya Manan, 73, ketika memberi nasihat kepada ahli Umno khususnya seluruh masyarakat, dekat sini.

Yahya berkata, tiada parti politik lain yang boleh membela nasib orang Melayu jika tidak parti Umno itu sendiri.

“Kita perlu saling bersatu, jika masing-masing saling memalingkan muka antara satu sama lain, ke manakah kita hendak pergi? Negara manakah yang perlu kita duduk untuk mencari perlindungan sewajarnya?.

“Kepincangan ahli-ahli Umno perlu bertukar kepada perpaduan sesama ahli kerana bila kita bersatu ia memberi gambaran baik kepada bangsa Melayu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya, di Kampung Ampang Tinggi, dekat sini.

Beliau yang juga Ketua Umno cawangan kampung itu berkata, pergaduhan dan pertelingkahan ­dalaman menyebabkan Melayu mudah hilang kuasa politik ke tangan bukan Islam.

“Jika kita pecah belah, kuasa akan hilang. Tambahan pula, masyarakat Melayu sudah berpecah kepada parti Umno, Pas dan PKR.

“Saya bukan bercakap rasis kepada bukan Islam tetapi ini adalah nilai dan maruah bangsa Melayu. Umno dilihat membela nasib orang Melayu dan ahlinya perlu bersaudara bukan berpecah sehingga hilang kuasa,” katanya.

Dalam pada itu katanya, akibat berpecah belah dan tidak bersatu-padu, pihak lain akan mengambil peluang menggunakan pemusuhan sesama Islam.

“Apabila kita bermusuh antara satu sama lain, pihak lain cuba mengambil kesempatan di atas ­kekurangan kita. Mereka mulalah mengutarakan kedudukan bahkan pertikaian Perlembagaan Negara.

“Jika ini kita tidak nampak dengan mata kasar, payahlah. Pegangan kita perlu kita kekalkan dengan semangat perpaduan yang terus kekal,” katanya.

Sehubungan itu, Yahya yang telah berkecimpung dalam Umno sejak 50 tahun menyarankan kepada bangsa Melayu agar terus kekal bersaudara sesama Islam.

“Melalui agama Islam, kesatuan itu wujud dan ia akan terus kekal jika kita berpegang teguh kepada Sunnah Rasulullah dan kitab suci al-Quran,” katanya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template