Thursday, December 8, 2011

MB SEPATUTNYA BERSIHKAN NAMA DI 'DEWAN YANG MULIA'

BO - Rakyat menjadi ragu terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Dato' Seri Ahmad Said Said berkenaan tuduhan bahawa beliau didakwa ditangkap khalwat.

Ia adalah kerana, Menteri Besar Terengganu itu tidak memberikan jawapan dan menjelaskan perkara sebenarnya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Seorang pengusaha sekolah swasta, Burhanuddin Fadzlulah Abdul Rahman, 49, ketika ditemui berkata, Ahmad sepatutnya mengambil peluang membersihkan namanya dalam 'dewan yang mulia' tu.

"beliau tidak mengambil kesempatan dan peluang sekaligus menafikan tuduhan tersebut dalam sidang DUN, satu medan yang paling sesuai baginya menolak fitnah itu, sekiranya beliau tidak buat (khalwat),"katanya

Menurut Fadzlullah, rakyat kini 'was-was' kerana Ahmad juga tidak mengambil tindakan sebagaimana yang dinyatakannya bagi menangkis perkara yang didakwa sebagai suatu tohmahan.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Katanya, sehingga kini, tidak ada saman yang difailkan terhadap 'blogger' yang didakwa oleh Ahmad memfitnahnya kena tangkap khalwat.

Pandangan Fadzlullah turut dikongsi oleh pesara kerajaan Mohamad Said, 67, ketika diminta mengulas isu terbabit.

Mohamad berkata, berdasarkan laporan akhbar, Ahmad Said hanya membuat laporan polis pada 15 November lalu dan sehingga kini, tiada apa-apa khabar berita.

"MB hanya buat report polis itu pun dibuat oleh setiausaha politiknya, Ahmad Nizam yang buat report, bukan Ahmad Said, jadi bila dia tak jawab soalan dalam sidang DUN, apa yang rakyat nak percaya,"katanya.

Menurut Mohamad, pelbagai 'versi' certa yang kedengaran di kedai-kedai kopi, dari mulut ke mulut berkenaan MB Terengganu yang 'kononnya' di tangkap khalwat.

Katanya, ada pula yang mengatakan Ahmad sudah selamat mengadakan kenduri dengan gadis tersebut dan ada pula berita kononnya bukan MB tetapi kakitangan pejabat MB.

Seorang guru ketika ditemui Buletinonline pula berkata, bukan hanya cerita tentang MB ditangkap khalwat diperkatakan oleh orang-orang dewasa, bahkan dikalangan murid-murid sekolah.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, ia menjadi topik 'hangat' sejak berita berkenaan disiarkan sebuah akhbar tempatan.

Semalam, Selasa 6 Disember, Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, berkata kesemua lima soalan bertulisnya yang dikemukakan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) telah ditolak.

Menurut Wahid, antara soalan bertulis yang beliau ajukan adalah berkenaan kemusykilan orang ramai tentang berita ADUN Kijal yang juga Menteri Besar Terengganu telah ditangkap ‘khalwat’.

“Ada satu soalan saya tanya, sejauhmana kebenaran dakwaan yang ditulis oleh blogger yang menyatakan wakil Kijal ditangkap khalwat tu, yang tu pun kena tolak,”jelasnya.

Beliau berkata, sekiranya perkara tersebut tidak benar, kerajaan hanya perlu mnyatakan bahawa ia tidak betul dan tidak perlu speaker dewan menolak soalan tersebut.

Pada 10 November lalu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebagai dipetik sebuah akhbar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.

Sehubungan itu, agensi Bernama pada siaran bahasa Inggerisnya 14 November melaporkan, Setiusaha Politik MB Wan Ahmd Nizam Wan Hakim membuat satu laporan di balai polis Kuala Terengganu.

Selepas membuat laporan, Wan Ahmad Nizam berkata beliau telah menyerahkan cetakan siaran blog yang telah membuat tuduhan kepada pihak polis

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template