Saturday, December 31, 2011

Mat Bangla lakukan lucah melampau terhadap seorang kanak-kanak

Akibat lucah terlampau
Akibat lucah terlampau
SH - Gara-gara melakukan lucah melampau terhadap seorang kanak-kanak bawah umur, dua warga Bangladesh dalam proses pulang ke negara asal dihadapkan Mahkamah Majistret Teluk Intan, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Hakim Majistret Teluk Intan, Mohd Izham Ali menangguhkan sebutan kes pada 9 Februari tahun hadapan kerana tertuduh tidak memahami Bahasa Malaysia selain ketiadaan jurubahasa untuk kes itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayah Ismail manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana pihak dan tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.

Selain itu, pihak Mahkamah Majistret turut tidak membenarkan kedua-dua tertuduh untuk diikat jamin.

Menurut fakta kes Tertuduh pertama, Mutimah, 39, berasal daripada Bangladesh, melakukan perbuatan lucah melampau terhadap seorang kanak-kanak warga tempatan berusia lapan tahun pada 12 Disember lalu kira-kira 3 petang di Ladang Sabrang, Teluk Intan.

Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan menggosokkan alat kemaluan di belakang mangsa di dalam sebuah bilik premis di Ladang Sabrang dekat Teluk Intan.

Sementara itu, rakan senegaranya, Md Shidul Islam, 39, melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak warga tempatan berusia lapan tahun pada 19 Disember lalu, kira-kira 3 petang.

Tertuduh melakukan itu dengan memaksa mangsa memegang kemaluan tertuduh di dalam sebuah bilik di Ladang Sabrang, dekat Teluk Intan.

Kes di siasat di bawah seksyen 377 C iaitu melakukan kelucahan melampau ke atas seseorang dan jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman lima tahun penjara serta sebatan.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template