Tuesday, December 13, 2011

Masih ingat Rosmah Mansor?


Masih ingat Rosmah Mansor?
MC - Masih ingat Rosmah Mansor? Sudah pasti. Siapa boleh lupa pada Wanita Pertama Malaysia – FLOM!
Beliau sememangnya telah menjadi sedikit ‘low profile’ semenjak dua menjak ini. Sehinggalah lelaki karpet beliau Deepak Jaikishan, yang popular setelah kes akuan bersumpah P.I. Balasubramaniam mengenai Altantuya dan juga Scorpenes dan sekarang muncul semula di tempat yang paling tidak disangka-sangka: dunia korporat Malaysia.Ini semua pun masih dibawah perhatian Rosmah.
Untuk Deepak, beliau seperti “kakak” dan kepada seorang lagi anak ikan korporat, Jho Low, beliau bukalah “mak angkat” tetapi “rakan baik”. Tetapi apa pula dengan beliau- siapa mereka ini?
Sehingga kini, tiada satu kata pun yang beliau ucapkan walaupun beliau sangat dikenali dengan sesi karaoke beliau yang berpanjangan dan kadang-kadang memarahi orang apabila tidak dapat apa yang beliau mahu.
Suis utama
Walaupun Rosmah boleh mengawal banyak perkara kerana beliau adalah
empunya suis utama – suami beliau- masih ada perkara yang tidak dapat beliau kawal.
Contohnya, Perhimpunan Umno terbaru ini telah membuatkan beliau sedikit gementar.
Jelas bahawa keadaan ekonomi yang merudum, senario kewangan dan politik yang merisaukan termasuk prestasi buruk suami beliau dan kritikan yang mereka berdua telah terlalu banyak membuat
perjalanan luar negara,

rasmi dan tidak rasmi dan bukannya berusaha untuk bekerja memulihkan Malaysia.
Sememangnya Najib tidak banyak bekerja walaupun
negara dibelenggu masalah ekonomi.
Beliau begitu sibuk dengan berhibur dan cita-citanya.
PM itu juga tertidur semasa mesyuarat Ketua-ketua Komanwel baru-baru ini.

Skandal mereka berdua
Rosmah risau yang semua skandal beliau; cincin USD24 juta, beg Birkin, ipar Kazakh- Itali dan percutian di Perth akan menjadi perhatian di Perhimpunan Umno.
Sehinggakan beliau dikatakan telah turun berat badan sekilo dua sebelum perhimpunan itu.
Tetapi nampaknya, beliau tidak perlu risau kerana, buat pertama kalinya
, sejak Najib ambil alih kepimpinan, Rosmah bukanlah wanita yang menjadi perhatian.
Wanita yang bertuah itu adalah Shahrizat Jalil
, Ketua wanita dan keluarga beliau yang terlibat dengan skandal NFC lembu dan kondo.
Jelas bahawa skandal RM250 juta Shahrizat dengan NFC lebih menyerlah berbanding

rasuah RM570 juta Najib bersama kapal selam Scorpenes, tetapi,
siapalah yang mengira semua ini kerana pembayar cukai dan pengundi Malaysia seperti tidak kisah.
Sehinggakan kondo One Menerung yang dibeli NFC bernilai RM 7 juta seunit adalah sangat
kecil berbanding cincin berlian gergasi Jacob & Co yang didakwan di import oleh Rosmah dan sehingga kini masih lagi beberapa orang pemimpin pembangkang cuba mendapatkan
butir-butirnya daripada Jabatan Imigresen terutama sekali mengenai pengeluarannya dari Malaysia.

Jangan terleka dulu
Jadi, disebabkan fokus adalah kepada Shahrizat, Rosmah sebenarnya tidak dapat untuk leka lagi. Walaupun beliau tidak dapat merawat penyakit gila belanja beliau, sebagai seorang isteri, beliau tentu faham bahawa skandal-skandal beliau dapat merosakkan imej Najib, yang sememangnya sudak calar walaupun tanpa bantuan beliau.
Wanita Pertama cengel berusia 60 tahun itu juga bertindak seperti beliau adalah pengurus Najib- ikutlah semua berita. Beliau sangat berhati-hati dengan mengikuti semua yang berlaku dalam Perhimpuanan Agong Umno di mana suami beliau berjaya meyakinkan delagasi untuk membenarkan beliau memilih calon-calon untuk PRU 13 nanti.
Menurut orang Umno, wanita itu seperti berpuas hati dengan keadaan. Segala perhatian dan gossip adalah berkenaan Shahrizat. Semua delegasi juga di arah untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Perkara terakhir sebagai penutup; seperti yang telah diramal, Mahathir Mohamad sebagai broker utama parti dan bekas PM telah berpuas hati.
Sepeti kucing yang dapat semangkuk susu, Rosmah tersenyum dan selesa untuk sepanjang hari dan pesaing mereka termasuk Muhyiddin Yassin, hanya boleh menjeling tajam. Tetapi, bolehkah Dr M berbuat yang sebaliknya? Sudah tentu tidak kerana beliau boleh menyebabkan Umno hancur.
Kebahagiaan
Walaupun Wanita Pertama penuh kontroversi itu berpuas hati, beliau sebenarnya tidak begitu berpuas hati sepenuhnya. Beliau mahu lebih banyak lagi, atau segalanya. Dan, sebelum anda tidak percaya, ingatlah bahawa ini adalah cara elit Umno- sapu bersih!
Kebahagian untuk Rosmah ataupun untuk beliau benar-benar gembira adalah gambaran dirinya di kaca tv, membuat ucapan dalam majlis yang besar dan glamor, di mana ucapan beliau itu disiarkan dan mempunyai sarikata dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Cina.
Dengan Perhimpunan Umno sudah berakhir, ia adalah balik kepada normal untuk Rosmah. Deepak sudahpun ada di dada akhbar dengan mendapatkan kepentingan besar dalam firma membuat penapis air dan udara Envair. Semua orang tahu bahawa Rosmah sangat benci kepada orang yang gagal dan akan mengelak mereka jadi tidak hairanlah Envair akan ditukar menjadi syarikat minyak dan gas tidak lama lagi seperti Scomi dan Kencana yang dimiliki anak-anak Abdullah Badawi dan Mahathir.
Jadi, tak sangatlah “low profile” tersebut! Bagi Rosmah, sifat pemarah beliau adalah dominan dan keadaan senyap dan sederhana ini adalah sesuatu yang tidak normal untuk beliau. Sunyilah kita tanpa beliau menunjukkan watak sebenar beliau itu dan sememangnya beliau telah membuatkan kita lebih miskin kerana watak beliau juga.
Adakah Shahrizat sebenarnya kambing hitam pasangan pertama itu?
Persoalan terakhir yang ada di minda orang ramai- adakah skandal Shahrizat telah direka cipta untuk mengalih perhatian orang ramai daripada pasangan pertama? Sangat sukar dikatakan tetapi kemunculan Deepak sejurus selepas Perhimpunan Agong Umno dan juga penggunaan wang rakyat untuk ke Kazakh dan Perth, nampak gaya pasangan ini mungkin sudak lali dengan kritikan.
Kedua-dua suami isteri telah dituduh melakukan pelbagai kesalahan dan telah dipanggil dengan pelbagai nama seperi Bonnie dan Clyde Malaysia dan mungkin juga sebab ini mereka lakukan sahaja apa yang mereka sudah rencanakan. Bukan sahaja Malaysia yang kesuntukan masa, mereka juga begitu.
Rosmah telah berjaya melepaskan diri daripada kritikan semasa AGM Umno dan beliau mungkin bersyukur. Tetapi, beliau dan Najib tidaklah sebodoh yang disangka. Mereka tahu isyarat kuat daripada perhimpunan itu bahawa Najib harus pergi. Najib tidak mampu meneraju parti dan parti tahu mereka memang sangat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber sekarang.
Dan Rosmah tidak mampu membantu- walau betapa besar cita-cita beliau.
Malaysia Chronicle

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template