Sunday, December 4, 2011

Masalah bekalan minyak masak


BO - Bekalan minyak masak di Terengganu dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Selain itu beberapa negeri lain yang turut terlibat. Antaranya tinjauan Lujnah Pengguna PAS Terengganu mendapati pasaraya-pasaraya di Kelantan juga mengalami kekurangan malah hamper ketiadaan bekalan.

Seolah-olah menjadi fenomena rutin, tinjauan mendapati, ramai pengguna yang kecewa mendakwa, ada pihak bertindak  menyorokkan bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga akan naik sebanyak 40 sen sekilogram.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

[Gambar kiri - hanya minyak jagung, minyak bunga yang terdapat di bahagian minyak masak dibeberapa pasaraya]

Jika spekulasi itu benar, ia sangat menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari. Lantas, Lujnah Pengguna PAS Terengganu mempersoalkan keberkesanan fungsi agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam mengawal selia perkara ini, lantaran keadaan ini telah berulang beberapa kali dan kita meyakini bahawa ini bukanlah untuk kali yang terakhir.

Memegang status sebagai negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, tentunya ketiadaan bekalan minyak masak ini menimbulkan pelbagai persoalan. Apakah pihak pengeluar, pengilang, pemborong atau pengedar boleh bertindak sewenangnya demi keuntungan mereka tanpa sebarang tindakan berkesan dari agensi penguatkuasaan berkenaan sehingga rakyat terpaksa menanggung kesukaran?

Seorang penyelia di sebuah pasaraya di Besut yang enggan dikenali menyatakan kekurangan bekalan minyak masak dipasaran adalah disebabkan  pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan, disebabkan kuota baru yang ditetapkan kerajaan. Kuota yang digunakan pula telah berusia hampir empat tahun.

Sekiranya itulah antara sebabnya, maka Lujnah Pengguna menegaskan bahawa kuota tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah. Mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat tahun lepas boleh sama dengan sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai runcit serta bilangan pengguna.

[Gambar kanan - minyak masak berpaket tidak digemari kerana di khuatiri kesuciannya kerana anggapan ia adalah barangan kitar semula]


Kerajaan juga perlu mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli dan menikmati subsidi yang diberi kerajaan. 

Kita juga sukar untuk mempercayai bahawa alasan penggunaan minyak masak keluaran Malaysia oleh rakyat Selatan Thai menjadi punca kekurangan bekalan di negara ini kerana sebenarnya masyarakat muslim Selatan Thai kebanyakkan mereka telah menggunakan minyak masak keluaran 
Malaysia sejak zaman berzaman lagi lantaran mereka sebenarnya meragui status kesucian minyak masak keluaran negara mereka sendiri. Apatah lagi bila kekurangan bekalan dilaporkan turut berlaku di Lembah Kelang, Kedah dan Pahang.

Dr Azman Ibrahim,
Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

UncleTaiko on December 4, 2011 at 3:59 PM said...

Lupakan nak jadi yang terpanjang, terbesar, tertinggi di dunia kalau kebajikan rakyat sendiri tak terbela. HAram jadah punya UMCO. Kerajaan terrasuah!!!!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template