Sunday, December 11, 2011

Manusia boleh pupus dengan virus ini

HHRS 2.0 - Inilah virus yang paling berbahaya. Virus ini boleh memusnahkan manusia dan virus tersebut dicipta oleh manusia. Tidak ada nama khusus bagi virus itu, atau sekurang-kurangnya belum diberi nama secara rasmi. Ahli virus dari Pusat Perubatan Erasmus di Rotterdam, Belanda, Ron Fouchier adalah orang yang mencipta virus itu.

Ia melakukannya dengan memutasikan bahan genetik virus H5N1. Untuk menguji patogenitas virus, Fouchier menggunakan musang sebagai haiwan percubaan kerana mempunyai saluran pernafasan sama dengan manusia. "Ini adalah salah satu virus yang berbahaya yang boleh anda buat," kata Fouschier seperti dikutip Daily Mail, Minggu (27/11/2011). Virus ini jauh lebih mudah menjangkiti manusia dan disebarkan ke manusia lain. Jika virus ini sampai "bocor" ke persekitaran awam, potensi pandemik global akibat virus ini sangat tinggi. Boleh jadi, spesies manusia boleh musnah kerananya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Lalu apa tujuannya membuat virus yang boleh memusnahkan manusia? Fouchier mengatakan, kajian ini adalah sebahagian dari usaha antarabangsa memahami H5N1. Penyelidikan serupa lain juga dilakukan pasukan penyelidik kerjasama Universiti Wisconsin di Amerika Syarikat dan Universiti Tokyo di Jepun.

Hasil kajian Fouchier dan pasukan penyelidik dari Wisconsin dan Tokyo kini sedang diulas oleh Badan Penasihat Sains Nasional untuk Keselamatan Biologis Amerika Syarikat (NSABB). Beberapa kalangan menolak penerbitan hasil kajian tersebut sebab dikhuatiri akan disalahgunakan. Hasil kajian boleh memberi kesan positif untuk kesihatan masyarakat, tetapi juga boleh dimanfaatkan sebagai senjata biologi.

"Kami tidak mahu memberikan jalan bagaimana cara membuat virus buruk menjadi semakin buruk untuk para penjahat," kata Michael Osterholm, ahli NSABB yang juga merupakan pakar flu dan pertahanan biologi dari Pusat Penyelidikan dan Polisi Penyakit Jangkitan di Universiti Minnesota, AS.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template