Monday, December 12, 2011

Mana Perkosa, Perkasam, Perkakas dan sebagainya?

HIDUP MELAYU !!! HIDUP MELAYU !!! HIDUP MELAYU !!! KAH KAH KAH

Hudud: ABIM kesal, dakwa Soi Lek angkuh


TMI - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kesal dengan keangkuhan dan sikap tertutup Datuk Seri Chua Soi Lek yang enggan memohon maaf, meskipun diberi 48 jam, berhubung kritikan beliau kemukakan terhadap pelaksanaan hukum hudud.

Setiausaha Agungnya Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, walaupun menjunjung tinggi kebebasan bersuara yang dianjurkan menerusi lunas-lunas demokrasi, namun ia tidak memberi ruang seluas-luasnya untuk pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk menyinggung sensitiviti agama.

Katanya, umat Islam adalah teras ‘political will’ di negara ini dan perlu dihormati.

“Kuasa-kuasa berkenaan urusan hal ehwal Islam dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong serta Raja negeri-negeri Melayu.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
“Justeru, sebarang perkara berkaitan Islam termasuk hudud yang dibicarakan oleh Datuk Chua telah secara langsung menyentuh bidang kuasa Yand di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama di negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu kata beliau, ABIM menggesa hukum hudud tidak dipermainkan sebagai instrumen populariti politik Dr Chua dan pihak-pihak yang berkepentingan.

“ABIM juga kesal dengan kegagalan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memberi peringatan serta mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan-kenyataan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek agar insiden ini tidak diulangi,” katanya lagi.

Mohamad Raimi berkata, ABIM menilai kenyataan dangkal Dr Chua itu hanya bersifat spekulatif semata-mata tanpa merujuk serta mengemukakan fakta akademik yang kukuh.

“ABIM juga merasa kecewa terhadap tindakan beliau yang cuba mengaitkan hudud dengan parti-parti politik ataupun pertubuhan bukan kerajaan tertentu.

“Ini memandangkan kritikan beliau itu (terhadap hudud) bersifat umum tidak disasarkan pada parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan tertentu,” katanya sambil menambah, ia secara langsung jelas menunjukkan ceteknya kefahaman beliau terhadap hudud secara keseluruhan, meskipun pihak ABIM telah menawarkan penjelasan akademik dan membuka ruang dialog kepadanya sepertimana yang dinyatakan dalam memorandum kepada beliau sebelum ini.

Jumaat lalu, ABIM memberi tempoh 48 jam kepada Dr Chua untuk meminta maaf berhubung kenyataannya berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.

Dalam responsnya pada hari berikut, pemimpin MCA itu menegaskan beliau ada hak untuk mempersoalkan pelaksanaan undang-undang hudud yang hendak dibawa oleh PAS.

Menurut Dr Chua, sementara ABIM mempunyai hak untuk memintanya memohon maaf, beliau juga ada hak untuk bercakap mengenai hudud versi PAS dan impaknya ke atas bukan Islam di negara ini.

“ABIM seharusnya mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik. Satu forum (yang dianjurkan baru-baru ini) sebulat suara mendapati bahawa hudud PAS akan ada impak ke atas bukan Islam.

“Anda perlu dengan khusus berkata ia hudud PAS dan bukan hanya hudud,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, adalah sesuatu yang mengarut untuk mengatakan bahawa bukan Islam tidak boleh bercakap mengenai hudud.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template