Thursday, December 22, 2011

Lebih 900 angota polis di pecat akibat rasuah

polisi Meksiko
HHRS 2.0 - Seluruh anggota polis di sebuah bandar wilayah di Mexico dipecat dalam kempen anti rasuah dan meningkatkan keselamatan dengan peningkatan aktiviti berkaitan perdagangan dadah. Lebih dari 900 polis di Veracruz-Boca del Rio kehilangan pekerjaan.

Anggota marin Mexico kini mengambil alih tugas-tugas polis. Langkah itu diambil tiga bulan selepas 35 mayat ditemui di sebuah jalan utama Boca del Rio, sebuah bandar yang terletak di negara bahagian Veracruz.

Pasukan Tentera Laut dibantu oleh anggota polis persekutuan menduduki bangunan polis dan melakukan rondaan di jalanan.

Gabenor Veracruz Javier Duarte de Ochoa berkata keputusan untuk membubarkan polis adalah sebahagian daripada program nasional reformasi polis.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Semua yang pernah menjadi sebahagian daripada unit polis Veracruz-Boca del Rio boleh kembali bertugas asalkan mereka lulus ujian kepercayaan seperti dituntut oleh sistem kebangsaan keselamatan awam," kata de Ochoa.

Dia tidak mengatakan berapa lama anggota marin akan bertugas menjaga keselamatan di Boca del Rio yang mempunyai penduduk 600000 orang yang meliputi kawasan-kawasan perumahan mewah serta pelancongan popular.

Ratusan anggota marin ditugaskan ke Veracruz-Boca del Rio selepas 35 mayat dibuang di sebuah jalan raya yang sibuk di siang hari pada September lalu. Dua minggu kemudian anggota marin mencari 32 mayat lagi di tiga bangunan berlainan.

Rangkaian pembunuhan itu dipercayai ada kaitannya dengan pengaduhan merebut laluan-laluan perdagangan dadah di antara dua kartel dadah terkuat di Mexico, iaitu Zetas dan Gulf.

Angkatan bersenjata dan polis persekutuan juga telah mengambil alih keselamatan di banyak bandar Mexico kerana polis tempatan tidak mampu mengimbangi kekuatan sindiket perdagangan dadah.

Korupsi dan polis yang melakukan kejahatan juga menjadi cabaran terberat yang dihadapi Mexico dalam perang melawan kartel, seperti yang dilaporkan Ignacio de los Reyes, reporter BBC di bandar Mexico.

Selain mengerahkan pasukan, Presiden Felipe Calderon juga menekankan pentingnya reformasi polis dan barisan penguatkuasa undang-undang dalam strategi mengembalikan keselamatan awam.

Sejak Disember 2006, atau sejak Calderon mula mengerahkan kekuatan tentera untuk melawan sindiket dadah lebih daripada 40,00 orang mati dalam kes berkaitan dadah di Mexico. Diterjemah dari BBC

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template